Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Isu Anak Mualaf Bukti Kelompongan Perundangan, Perlu Segerakan Pindaan Perlembagaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2022 8:38AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyerahan tiga beradik mualaf kepada ibu kandung mereka yang beragama Hindu selepas tiga tahun terpisah terus diperkatakan di media sosial.

Walaupun ada segelintir individu menyokong keputusan itu, tetapi hakikatnya ramai membantah kerana khuatir kebajikan dan akidah anak-anak tersebut terabai.

Jika diteliti, kes tersebut seolah-olah mengingatkan kita dengan kisah berlaku ke atas anak-anak M Indira Ghandi selepas bercerai dengan suaminya yang memeluk Islam.

Akhirnya pada 29 Januari 2018, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa penukaran agama tiga anak guru tadika itu hampir 10 tahun lalu kepada Islam adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang.

Keputusan kes tersebut ternyata menimbulkan keresahan dalam kalangan pakar undang-undang yang tidak menolak kemungkinan ada pihak tertentu akan menggunakan kes berkenaan sebagai asas undang-undang dalam isu pengislaman kanak-kanak bawah umur 18 tahun.

Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod - Gambar Bernama
Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod - Gambar Bernama

Susulan itu, Pakar Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod mengesyorkan agar pindaan pada perlembagaan terutamanya berkaitan undang-undang Islam perlu dilakukan segera.

Walaupun menyedari perkara itu rumit untuk dilakukan, beliau berkata, ia tetap perlu diusahakan demi mengangkat martabat Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

“Tentu sekali, saya amat bersetuju penambahbaikan perlu dilakukan. Sejak keputusan kes Indira Ghandi, Mahkamah Syariah seolah-olah telah hilang kredibiliti dalam menentukan isu berkaitan undang-undang Islam termasuk isu pengislaman dan hak orang Islam itu sendiri. 

“Itu sepatutnya bidang kuasa mahkamah itu sendiri. Jadi kalau perlu dibuat sesuatu tentang ini, pindaan pada perlembagaan perlu dilakukan, kerana dengan cara ini keadaan mahkamah syariah dan undang-undang Islam dapat dikembalikan kepada satu keadaan yang lebih baik,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Pada masa sama beliau menasihatkan agar kes tersebut diselesaikan secara rundingan tertutup antara semua pihak terlibat dan bukannya melalui mahkamah.

“Jika melalui mahkamah, undang-undang sudah jelas, tak ada siapa boleh persoalkan. Jadi saya rasa undang-undang tidak dapat memberi satu kesimpulan yang baik.

“Sebab itulah ia perlu diselesaikan secara rundingan tertutup untuk mengelak timbul isu yang boleh membakar perasaan orang Islam dan bukan Islam. Walaupun agak sukar, tapi itu sahaja jalan terbaik untuk memasikan isu terbabit dapat diselesaikan secara baik,” katanya.

Nik Ahmad Kamal berpendapat, menerusi kaedah tersebut juga isu utama iaitu kebajikan kanak-kanak berkenaan juga dapat diteliti dan diselesaikan sebaik mungkin.

“Saya ingin merujuk kepada pendapat Pesuruhjaya Kanak-Kanak tempoh hari yang saya rasa pandangan beliau boleh diambil kira dalam isu ini. 

“Kenapa tidak tanya kanak-kanak tersebut, apakah yang mereka mahukan? Mungkin cara itu boleh membantu mendapatkan satu keputusan dan penutup kepada isu ini,” katanya.

Namun beliau berkata, pihak berkuasa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut memainkan peranan penting dalam menyelesaikan isu tersebut sekiranya kanak-kanak berkenaan mahu terus kekal sebagai orang Islam.

“Cuma katakanlah kalau kanak-kanak itu mahu terus jadi orang Islam, bagaimana kita mahu melaksanakannya sedangkan ibunya tidak mahu?Jadi di sini saya lihat peranan pihak berkuasa dan NGO dalam menyelesaikan isu ini supaya satu situasi menang-menang dapat dicapai semua pihak.

“Maksudnya di sini, si ibu mesti membenarkan anak-anaknya terus hidup sebagai orang Islam dan itu satu pilihan. Kalau dia tetap berkeras, maka sukar untuk mencapai satu konsensus,” katanya.

Aminuddin Yahaya
Aminuddin Yahaya

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Aminuddin Yahaya turut mendesak agar satu semakan secara menyeluruh dilakukan terhadap sistem perundangan dan perlembagaan di negara ini.

“Bagi saya apa yang berlaku dalam negara ketika ini menunjukkan kelompongan yang begitu ketara dalam sistem perundangan kita. Bahkan Islam itu tidak dapat dipertahankan. 

“Jadi satu semakan secara menyeluruh terhadap perundangan negara dan perlembagaan undang-undang perlu dilakukan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan memanggil pakar-pakar perundangan untuk meneliti kelompongan tersebut dan mencari jalan terbaik untuk mengatasi masalah tersebut.

“Kita tak mahu lagi jadi ‘firefighting’ tapi kita menyelesaikan secara keseluruhannya perundangan itu supaya ia selari dengan syariat dan kita dapat pertahankan agama ini. Itu apa yang kita nak buat, Insya-Allah. 

“Kemudian selepas itu kita akan adakan satu persidangan besar dengan memanggil semua pihak berkepentingan, NGO dan sebagainya. Kita juga mungkin buat roadshow untuk menjelaskan di mana kelompongan ini dan apa tindakan yang boleh kita lakukan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Aminuddin turut menggesa pihak berkuasa agar mengambil tindakan segera terhadap individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan fitnah berhubung kes terbabit.

“Kami yang berhimpun sedikit depan mahkamah pun dipanggil polis tetapi ada kenyataan berunsur fitnah, memecahkan dan menghina agama itu juga harus diambil tindakan. 

“Sebagai contoh sudah ada kenyataan individu tertentu mendesak pembatalan pengislaman kanak-kanak tersebut. Bagi saya ini satu perkara serius dan satu penghinaan besar.

“Tapi saya tengok orang ramai termasuk pemimpin tak sensitif pun. Saya tahulah kalau ada pemimpin kita yang tak sedar lagi, masih lagi seronok bergelak ketawa, memang patut dihumban dalam tong sampah dan kita carilah barisan pemimpin lain,” tegasnya. - Getaran, 1 Mac 2022

Sorotan

1

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

2

Gaji Polis, Bomba Patut Naik Lebih Tinggi - Teresa Kok

3

KBS Pastikan Faisal Halim Dapat Rawatan Percuma Di ISN – Hannah

4

Malaysia Kekal Pendirian Tak Benar Syarikat Berdaftar Di Israel Jalan Aktiviti Dalam Negara

5

Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap Empat, Pergerakan Dan Percakapan Terbatas - Shahril

6

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Yang Di-Pertua Dewan Negara Terima Rawatan Lanjut Di HKL

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

Pusat Mempelam Kedah Antara Keutamaan Dalam Peta Tahun Melawat Kedah 2025

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 21 jam yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM1.25 Juta: Reman 5 Polis Disambung Esok