web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Vaksin, Dos Penggalak Harus, Tak Wajar Larang Jemaah Masuki Rumah Allah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2022 9:11PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hukum penggunaan vaksin COVID-19 dalam kalangan masyarakat Islam adalah harus, maka pengambilannya perlu dibuat adalah sukarela tanpa sebarang paksaan.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, kerajaan negeri Pahang tidak mewajibkan pengambilan vaksin COVID-19 atau dos penggalak kepada individu yang mahu mengerjakan solat lima waktu dan solat Jumaat di masjid serta surau.

“Realitinya fatwa mengenai pengambilan vaksin adalah harus, maknanya ia tidak boleh dipaksa. Sekiranya ada paksaan, ia bukan diterbitkan daripada fatwa kita.

“Bila kita kata harus, maknanya ia tidak wajib, dari segi kesihatan ia diharuskan. Maka kita boleh membuat pilihan sama ada mahu suntik atau tidak. Tidak semestinya orang yang ambil vaksin ini selamat daripada dijangkiti COVID-19,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Menurut beliau, tidak wajar bagi mana-mana ahli jawatankuasa (AJK) masjid untuk melarang jemaah memasuki rumah Allah itu sekiranya mereka enggan atau belum mengambil dos penggalak.

“Saya rasa arahan tersebut tidak betul kerana sepatutnya mereka tidak boleh membuat satu keputusan sedemikian. Arahan di Pahang, tidak ada seperti itu, jika di tempat lain saya tidak pasti.

“AJK yang memaksa atau melarang mana-mana individu yang belum mengambil vaksin masuk ke masjid, dianggap telah menyalahi peraturan fatwa di Pahang, sebab dari segi syarak, kita tidak mewajibkan begitu.

“Mana-mana AJK tidak boleh membuat satu keputusan yang bercanggah dengan fatwa,” ujarnya lagi.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas peraturan dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), yang melarang jemaah tanpa dos penggalak menunaikan solat jemaah di semua masjid dan surau di negeri tersebut.

Sementara itu, Imam Masjid Negara, Ustaz Ehsan Mohd Hosni ketika dihubungi berkata, pihaknya hanya mengikut SOP serta arahan ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), iaitu hanya membenarkan individu yang sudah melengkapkan dua vaksin untuk menunaikan solat di masjid dan surau.

“Setakat ini, kami belum menerima apa-apa arahan untuk membenarkan hanya individu yang telah mengambil dos penggalak sahaja (menunaikan solat di masjid).

“Saya faham, ramai yang mula menuding jari terhadap Kementerian Kesihatan (KKM) terutamanya menteri, Khairy Jamaluddin, tetapi perlu diingat, arahan tersebut bukan dikeluarkan oleh KKM, sebaliknya pihak lain,” katanya ringkas.

Dalam perkembangan berkaitan, Pakar Virologi Molekul, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nazlina Ibrahim memaklumkan, pengambilan dos penggalak sebenarnya membantu mencegah virus COVID-19 daripada terus merebak.

Dr Nazlina Ibrahim
Dr Nazlina Ibrahim

Katanya, sukar dinafikan ramai individu melahirkan perasaan tidak puas hati apabila dos penggalak dilihat seolah-olah sebagai satu kewajipan.

“Dari segi kesihatan, dos penggalak banyak menyumbang kepada penurunan peratusan jangkitan kategori empat dan lima.

“Sebenarnya memang dos penggalak ini tidak wajib tetapi saya mahu tekankan di sini, individu yang mengambil vaksin Sinovac wajar mengambil dos penggalak kerana kadar keberkesanannya sangat rendah, tidak seperti AstraZeneca atau Pfizer,” katanya.

Dr Nazlina berkata, pengambilan vaksin ini bukanlah alasan untuk menolak atau menafikan kekuasaan Allah SWT, tetapi ia adalah ikhtiar untuk melindungi diri daripada jangkitan COVID-19.

“Saya yakin, walaupun ia tidak diwajibkan tetapi pengambilan vaksin ini kita boleh anggap sebagai satu ikhtiar bagi melindungi diri sendiri dan keluarga.

“Saya harap agar orang ramai lebih peka dan sentiasa memantau laman sesawang COVID-19 bagi mengetahui perkembangan semasa,” katanya.

Terdahulu, satu surat edaran bertarikh 21 Februari menyatakan, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, berkenan mengekalkan ketetapan bahawa hanya jemaah yang sudah melengkapkan dua dos vaksin dan dos penggalak sahaja dibenarkan hadir menunaikan solat Jumaat di masjid seluruh negeri itu, berkuatkuasa 25 Februari.

Ketetapan tersebut juga telah diedarkan secara dalaman oleh Jabatan Agama Islam Selangor kepada pengurusan masjid, surau dan musolla di negeri berkenaan.

Langkah itu sejajar arahan mempertingkatkan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard  (SOP) di masjid, surau dan musolla di Selangor dalam usaha mengawal penularan pandemik COVID-19.

Namun, keputusan dititahkan oleh Sultan Selangor itu mendapat kritikan daripada ramai pihak, khususnya penduduk beragama Islam di seluruh negara. - Getaran, 28 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID -19: KKM Saran Dos Penggalak Ketiga Untuk Golongan Rentan

2

Politik 2 tahun yang lalu

SOP Hari Pengundian: KKM Umum Selewatnya 2 Hari Sebelum Mengundi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tidak Lagi Wajib Pakai Pelitup Muka Dalam Pengangkutan Awam, Fasiliti Kesihatan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Tetapkan SOP Khas Aidilfitri

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad