web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lambakan Bangunan Pencakar Langit Punca Malaysia Rasai Kesan Gempa

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2022 8:41PM

Kakitangan beberapa premis dan bangunan kerajaan diarah keluar selepas berlaku gegaran kesan gempa bumi di Sumatera, Indonesia pada Jumaat. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lambakan bangunan pencakar langit di Malaysia adalah antara faktor mengapa gegaran yang terhasil dalam kejadian gempa bumi di Sumatera Utara baru-baru ini, dapat dirasai sejumlah besar penduduk, khususnya di sekitar ibu negara.

Presiden Institut Geologi Malaysia, Abd Rasid Jaapar berkata, kepesatan pembangunan sedikit sebanyak menyumbang kepada lambakan bangunan pencakar langit, sekali gus mendedahkan Malaysia kepada gegaran akibat gempa.

“Sebelum ini, walaupun negara jiran kita mengalami gempa bumi pada skala besar, jarang gegaran itu dirasai walaupun hakikatnya memang ada.

“Namun kini, hanya dengan gempa bumi  berukuran 6.1 skala Richter (skala kecil) kita sudah merasai gegaran yang kuat, hingga menimbulkan kerisauan terhadap keselamatan negara,” katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.

Beliau berkata, gempa bumi di negara jiran baru-baru ini merupakan gempa daratan yang tidak mencetuskan kemungkinan berlakunya tsunami.

“Lazimnya, ada dua jenis gempa bumi, iaitu di daratan dan di bawah laut. Selain itu gempa bumi akibat letusan gunung berapi juga boleh memperi impak gegaran yang buruk.

“Kali ini gempa bumi berlaku di daratan dan tiada risiko tsunami, namun untuk kesan impak, perlu dilihat dari aspek struktur bangunan,” ujarnya.

Mengulas lanjut Abd Rasid berkata, gempa bumi yang sering berlaku di negara jiran menyebabkan Malaysia turut terdedah dengan risiko kerosakan bangunan dan bencana tanah runtuh.

“Jika gempa bumi yang lebih kuat berlaku (melebihi paras normal), risiko kerosakan bangunan serta tanah runtuh akan lebih tinggi,” katanya.

Menurut beliau, bukan hanya risiko kerosakan atau keruntuhan bangunan, ia juga berpotensi mencetuskan bencana alam lain, terutama di lokasi bertanah tinggi seperti gunung atau bukit.

“Impak gegaran ini turut membawa kepada  kesan alam sekitar yang lain seperti hakisan, pemendapan di sungai, pencemaran udara dan sebagainya.

“Atas faktor ini, kawasan lereng bukit perlu sentiasa diselenggara bagi menggelakkan kejadian tanah runtuh atau hakisan,” katanya.

Pada Jumaat lalu, penduduk di Lembah Klang dikejutkan dengan gegaran akibat gempa bumi berskala 6.2 yang berlaku di Pekan Baru, Indonesia.

Akibat gempa bumi tersebut, negara jiran termasuk Malaysia turut merasai gegaran yang kuat selama beberapa saat. - Getaran, 28 Februari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 15 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad