web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Merokok Di Kedai Makan, 16 Individu Dikompaun RM4,000

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2022 6:02PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 16 individu dikompaun membabitkan nilai RM4,000 kerana merokok di kedai makan dalam operasi penguatkuasaan Kementerian Kesihatan (KKM) di sekitar ibu negara, hari ini.

Menerusi kenyataan KKM, kesemua individu itu dikompaun RM250 setiap seorang.

Katanya, tiga pemilik perniagaan turut dikompaun RM500 setiap seorang kerana tidak memaparkan papan tanda larangan merokok di premis mereka.

“Operasi terbabit dijalankan penguat kuasa Pejabat Kesihatan Daerah Kepong (PKDK) bagi memastikan pematuhan larangan merokok diwartakan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

“Perokok dikompaun di bawah Peraturan 11(1)(d) PPKHT, manakala peniaga dikompaun di bawah Peraturan 12(1)(a) PPKHT,” menurut kenyataan itu.

Menurut KMM, seramai tujuh individu lain turut dikompaun membabitkan RM1,000 setiap seorang kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) menerusi operasi sama.

Pada masa sama, katanya, KKM memandang serius usaha menangani masalah merokok dalam kalangan masyarakat, khususnya di tempat awam.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan berkaitan kesalahan merokok di tempat awam boleh menyalurkannya menerusi aplikasi WhatsApp di talian 010-860 8949,” katanya. - Getaran, 27 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Rokok Putih, Minuman Keras Lebih RM13 Juta Dirampas

2

Semasa 2 tahun yang lalu

RUU Produk Kawalan Rokok Agenda Utama Dewan Rakyat Hari Ini

3

Kolum 2 tahun yang lalu

KKM Wajar Pertimbang 'Jalan Tengah' Dalam RUU Kawalan Rokok

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Tangguh Dulu Pengecualian Cecair Vap Nikotin Daripada Akta Racun 1952

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad