web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Syarat Lengkap Vaksinasi, Dos Penggalak Solat Jumaat, Hanya Di Selangor

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2022 12:58PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjelaskan syarat lengkap vaksinasi dan dos penggalak COVID-19 untuk solat Jumaat di Selangor hanya terpakai di negeri tersebut.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, pihaknya menghormati ketetapan dibuat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan menasihati umat Islam agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Sukacita ingin dimaklumkan bahawa syarat berkenaan ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri Selangor dan hanya terpakai kepada masjid serta surau di negeri berkenaan sahaja.

“SOP yang ditetapkan adalah bagi memastikan usaha menjaga dan memelihara maslahah dalam mengawal penularan wabak COVID-19 mencapai matlamat,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Berikutan itu beliau berkata, SOP solat berjemaah di masjid dan surau di negeri lain masih seperti biasa.

Katanya, perkara tersebut juga tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Terdahulu, Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, hanya mereka yang lengkap vaksinasi dan dos penggalak sahaja dibenarkan hadir bagi menunaikan solat Jumaat di semua masjid serta surau kebenaran solat Jumaat di Selangor.

Katanya, ia susulan penularan pandemik COVID-19, khususnya di Selangor yang mencatatkan sebanyak 7,166 kes atau 24.9 peratus daripada 28,734 kes keseluruhan direkodkan di negara ini pada Ahad lalu.

Beliau berkata, perkara itu juga mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas mendapat nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Nasihat itu termasuk perlu mempertingkatkan penguatkuasaan, usaha dan tindakan bagi mengelakkan berlaku situasi lebih buruk serta menjejaskan aktiviti di masjid, surau dan musolla.

Bagaimanapun, Sultan Sharafuddin berkenan mengekalkan ketetapan solat jumaat dan solat fardhu lima waktu serta program pengimarahan dikeluarkan JAIS bertarikh 20 Januari lalu.

Ia membabitkan ketetapan baharu mengenai pelaksanaan solat Jumaat dengan kapasiti penuh dan penjarakan fizikal satu meter antara jemaah di semua masjid, surau kebenaran solat Jumaat di Selangor.

“Pentadbir (masjid dan surau) hendaklah mengesahkan status vaksinasi jemaah melalui data dipaparkan di dalam aplikasi MySejahtera.

“Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kepada jemaah untuk membuktikan, mengemukakan dan menunjukkan status vaksinasi masing-masing kepada pentadbir masjid, surau serta musolla,” katanya menerusi surat pekeliling dikeluarkan pada Isnin lalu. - Getaran, 27 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

4

Gaya 6 bulan yang lalu

Magika Studios Tarikan Eko-Pelancongan Dan Edutainment Baharu Di Selangor

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 37 minit yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 26 minit yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 4 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad