web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Meningkat Drastik, Terengganu, Kelantan Terus Memburuk

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2022 10:50AM

Penduduk kampung terpaksa menggunakan khidmat bot penambang berikutan jalan utama terputus hubungan akibat banjir di Kelantan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan menunjukkan peningkatan drastik apabila merekodkan 7,745 mangsa setakat jam 8 malam tadi, berbanding 1,820 mangsa pada hari sebelumnya dengan 109 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam satu kenyataan berkata, 77 daripada PPS itu beroperasi di Terengganu, manakala 32 PPS di Kelantan.

“Petugas JKM di kawasan terkesan digerakkan untuk menguruskan mangsa banjir bersama agensi lain mengikut keperluan dan peranan masing-masing.

“JKM mengedarkan bantuan makanan memasak dan barang keperluan asas kepada semua mangsa bencana di PPS. Keadaan pada masa ini terkawal dan bekalan makanan mencukupi,” kata kenyataan itu hari ini.

Dalam pada itu, katanya, semua mangsa dan petugas di PPS diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Orang ramai yang terbabit banjir dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa untuk berpindah ke tempat selamat,” katanya.

Menurutnya, tanggungjawab JKM untuk membantu mangsa banjir dan pengurusan bencana dilaksanakan berdasarkan arahan No 20 Majlis Keselamatan Negara (MKN 20).

“JKM dipertanggungjawab menyedia dan menyelenggara PPS untuk mangsa bencana, selain serta menyedia serta mengedarkan bantuan makanan, pakaian dan keperluan asas kepada mangsa di PPS.

“JKM turut menguruskan pendaftaran mangsa bencana dan memberi bimbingan serta nasihat atau kaunseling kepada mereka,” katanya.

Di samping itu, katanya, statistik mangsa bencana yang berpindah ke PPS di seluruh negara boleh disemak menerusi sistem Infobencana JKM 2.0 yang dibangunkan pihaknya dan segala maklumat dikemaskini empat jam sekali.

“Maklumat terkini boleh diakses dari sistem itu dengan memuat turut aplikasi Infobencana JKM 2.0 melalui Apps Store atau Play Store.

“Orang ramai boleh menghubungi Talian Kasih 15999 yang beroperasi 24 jam dan Bilik Gerakan JKM yang boleh dilayari di portal www.jkm.gov.my,” katanya. - Getaran, 27 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

2

Semasa 3 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

3

Video & Galeri 4 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

4

Semasa 6 hari yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 8 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan