web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terengganu Dilanda Gelombang Banjir Kelima, 828 Mangsa Dipindahkan Ke 13 PPS

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2022 8:28PM

Seramai 828 penduduk daripada 235 keluarga di Terengganu telah dipindahkan ke 13 PPS selepas kediaman mereka ditenggelami air akibat hujan lebat yang berterusan sejak semalam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Seramai 828 penduduk daripada 235 keluarga di Terengganu ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini, susulan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, PPS itu membabitkan tiga daerah, iaitu Kemaman, Setiu dan Hulu Terengganu.

“Jumlah tertinggi direkodkan di Kemaman dengan seramai 345 mangsa ditempatkan di tujuh PPS dan di Hulu Terengganu, seramai 334 mangsa dipindahkan ke tiga PPS.

“Manakala di Setiu, tiga PPS dibuka bagi menempatkan 149 mangsa. Sehingga kini, cuaca di seluruh negeri masih hujan lebat berterusan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terengganu dilanda gelombang banjir kelima yang menyaksikan beberapa penempatan di kawasan rendah dinaiki air akibat hujan berterusan selama tiga hari.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini, mengeluarkan amaran cuaca tahap merah dengan hujan sangat lebat berterusan dijangka melanda semua daerah di Terengganu dan Kelantan, selain sebahagian Pahang hingga esok. - Getaran, 25 Februari 2022
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad