web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Majikan Diminta Terima Sijil Digital RO, HSO Sebagai Bukti Kuarantin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2022 4:06PM

Terdapat pesakit atau majikan yang datang ke CAC untuk mendapatkan notis secara bertulis berhubung HSO dan RO, sekali gus menyebabkan kesesakan di CAC. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Majikan di negara ini diminta menerima sijil digital Perintah Pelepasan (RO) dan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) melalui aplikasi MySejahtera, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, majikan diminta tidak terus mendesak pekerja untuk mendapatkan pengesahan daripada Penilaian COVID-19 (CAC) bagi kedua-dua dokumen berkenaan.

“Selepas tempoh isolasi berakhir, pesakit perlu melakukan salinan paparan skrin atau tangkap layar pada sijil digital HSO dan RO untuk makluman lanjut majikan atau pihak berkaitan.

“Pelaporan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan mendapati 30 peratus hingga 50 peratus kes yang hadir ke CAC, bukan untuk penilaian bagi kes merosot semasa menjalani pemantauan di rumah.

“Sebaliknya, sebanyak 90 peratus daripada jumlah itu hadir  untuk tujuan discaj daripada HSO apabila ada pesakit atau majikan mendesak CAC untuk mengeluarkan notis secara bertulis,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham memaklumkan, sikap itu hanya akan menambah beban kerja petugas di CAC.

“Fokus petugas kesihatan adalah kepada aspek penilaian dan perawatan kes yang memerlukan perhatian khusus,” katanya. - Getaran, 25 Februari 2022.
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 14 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek