web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Lelaki Ditahan, Tawar Gelaran 'Datuk' Dengan Bayaran RM150,000

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2022 7:28AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan dua lelaki tempatan kerana disyaki terlibat sindiket menawarkan bantuan mendapatkan gelaran ‘Datuk’ dari Istana Negara dengan mengenakan bayaran sebanyak RM150,000.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Abdul Shukor berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki iaitu pengarah di sebuah syarikat swasta berkenaan perkara itu.

“Mangsa telah diperkenalkan oleh kenalannya sorang lelaki dikenali dengan nama panggilan ‘Shahidi’ di Taman Tun Dr Ismail di sini.

“Semasa perjumpaan pada 26 Januari lepas, suspek telah menawarkan bantuan mendapatkan gelaran Datuk dari Istana Negara dengan harga tawaran sebanyak RM150,000 kepada mangsa,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata mangsa bersetuju dengan tawaran itu dan pada hari sama telah membuat bayaran secara tunai berjumlah RM40,000 dan diberitahu oleh suspek bahawa baki bayaran boleh diselesaikan setelah gelaran Datuk diperolehi oleh pengadu. 

Amihizam berkata mangsa dijanjikan gelaran Datuk pada 27 Januari lepas namun suspek gagal menunaikan janji dan memberi pelbagai alasan menyebabkan mangsa tidak berpuas hati dan rasa diri tertipu.

Beliau berkata sehubungan itu polis menahan kedua-dua lelaki yang disyaki di dua lokasi berasingan di Kedah, semalam.

“Siasatan awal terhadap suspek lelaki berumur 48 tahun bekerja sebagai jurujual kereta adalah dalang utama dalam kes ini, yang mana suspek mendakwa pernah bekerja sebagai pengiring peribadi Istana di sebuah negeri dan mengakui telah berurusan dengan mangsa,” katanya.

Beliau berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu dan polis turut merampas dua telefon bimbit dan sekeping Kad Ahli Setia Diraja yang mencurigakan turut dirampas.

Menurutnya, kedua-dua suspek direman selama tiga hari sehingga Sabtu ini. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 4 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad