web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Laporan Awal Kematian Remaja 13 Tahun Tiada Kaitan Kesan Alahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2022 9:09PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Laporan awal kematian remaja berusia 13 tahun yang didakwa berlaku selepas 18 hari menerima vaksinasi COVID-19, mendapati tiada kaitan dengan kesan alahan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagaimanapun Kementerian Kesihatan (KKM) masih menunggu laporan penuh bedah siasat dan keputusan makmal berhubung kes kematian remaja berkenaan.

“Sekarang kita masih menunggu keputusan bedah siasat dan keputusan makmal untuk melihat sama ada kes kematian itu disebabkan vaksinasi atau virus lain.

“Apa-apa pun kita sudah dapat laporan awal kematian daripada laporan makmal yang mendapati ia tiada berkaitan dengan alahan.

“Tetapi laporan lengkap belum kami terima. Itu perkembangan setakat hari ini,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Menurut beliau, remaja terbabit baru menerima satu dos vaksin dan selepas disuntik tidak ada alahan atau kesan sampingan dilaporkan kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Katanya, pada hari ke-18 selepas divaksinasi, iaitu hari kematiannya, remaja terbabit dibawa ke klinik kesihatan sebelum ke hospital.

Terdahulu, media melaporkan bahawa ibu bapa remaja itu meminta supaya siasatan dijalankan bagi mencari punca kematian remaja berkenaan.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mendedahkan tiada satu pun kes kematian selepas vaksinasi COVID-19 berpunca daripada pelalian tersebut.

Ujarnya, semua keputusan yang dibuat adalah berpandukan kepada siasatan teknikal, saintifik dan secara klinikal.

Malah, beliau berkata, terdapat banyak laporan yang diterima sebenarnya tidak dibuat melalui saluran rasmi.

“Saya mahu tegaskan melalui data KKM, setiap hari terdapat 90 hingga 120 kes strok berlaku sebelum pelaksanaan program vaksinasi COVID-19, maka jumlah terbabit menjadi penanda aras bagi penyakit ini.

“Apabila Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan, sudah pasti ada kes strok yang sebenarnya tiada kaitan dengan vaksinasi kerana KKM sudah ada penanda aras,” katanya.

Khairy berkata, apabila sesuatu kesan serius berlaku selepas vaksinasi, amat penting untuk siasatan dilakukan membabitkan bedah siasat dan analisis makmal berkaitan sampel tisu serta darah.

Jelasnya, apabila siasatan dibuat, maka sesuatu punca itu dapat dikenal pasti sama ada ia akibat vaksin atau disebabkan perkara lain.

“Atas faktor ini jugalah, sesiapa sahaja tidak boleh mendakwa seseorang itu mengalami strok kerana vaksinasi.

“Kami di kementerian sangat bersimpati dengan pelbagai video ditularkan membabitkan pelbagai dakwaan tetapi dengan siasatan, kita akan tahu puncanya,” katanya.

Khairy berkata, apabila siasatan dibuat, pelbagai aspek diperincikan bagi mencari punca sebenar kematian.

“Selepas itu, hasil siasatan akan dibentang kepada jawatankuasa yang mana ahlinya bukan sahaja doktor KKM, tetapi wakil universiti.

“Pembentangan akan dibuat secara telus bagi membolehkan semua pakar itu membuat ketentuan punca kematian,” katanya. - Getaran, 24 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan 4 Remaja Lelaki Rogol Kanak-Kanak 11 tahun

3

Semasa 2 tahun yang lalu

4 Lelaki Termasuk Remaja Bawah Umur Ditahan Berkait Kes Culik

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi 2 Tahun, Remaja Maut  Dipercayai Keracunan Makanan

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad