web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes COVID-19 Terus Melonjak, 31,199 Jangkitan Baharu Semalam

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2022 12:08PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 31,199 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam, meningkat sedikit berbanding 27,179 kes kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan ketika ini adalah 3,305,157 kes.

Katanya, jumlah direkodkan itu membabitkan 31,080 kes tempatan dengan 119 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Sebahagian besar kes masih membabitkan pesakit kategori 2, iaitu bergejala ringan dengan 20,834 kes atau bersamaan 66.78 peratus. Sebanyak 10,171 kes pula berada dalam kategori 1 atau tidak bergejala.

“Sebanyak 102 kes, iaitu 0.32 peratus berada dalam kategori 3, manakala masing-masing 46 kes bagi kategori 4 dan kategori 5,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 194 kes COVID-19 dalam kategori 3, 4 dan 5 dilaporkan semalam, 45 kes, iaitu 23.2 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan suntikan tersebut.

Katanya, daripada jumlah itu, 108 kes sudah menerima dua dos vaksin, manakala 41 kes membabitkan individu yang sudah mendapat dos penggalak.

“Selain itu, 92 kes membabitkan individu berumur 60 tahun ke atas, 91 kes mempunyai komorbiditi, manakala tiga kes ibu hamil,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat pertambahan 14 kluster baharu di negara ini.

Katanya, angka terbaharu itu menjadikan sebanyak 506 kluster aktif dilaporkan di negara ini sehingga kini.

Perkembangan itu secara keseluruhannya menjadikan setakat ini, sebanyak 6,746 kluster direkodkan sejak virus berkenaan dikesan.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan bagi kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), setakat ini sebanyak 305 kes, iaitu 118 daripadanya disahkan dijangkiti COVID-19 dengan 187 kes lagi disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan.

“Sebanyak 191 kes membabitkan pesakit dalam ICU yang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, terdapat 20,399 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 2,994,840 kes. - Getaran, 24 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar