web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Panah Anjing Liar Dicari

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2021 4:19PM

Kelibat seorang lelaki memegang busur dan anak panah sebelum memanah seekor anjing liar.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Entah di mana silapnya, seorang lelaki sanggup bertindak kejam dengan memanah seekor anjing liar meskipun haiwan tersebut dilihat langsung tidak memberi sebarang ancaman kepadanya, baru-baru ini.

Tindakan lelaki itu yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) kedai, menjadi tular di media sosial sejak semalam.

Mengulas mengenai kejadian itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya turut menerima laporan daripada orang awam yang tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki berkenaan.

"Siasatan awal mendapati insiden terbabit berlaku di kawasan Seberang Jalan Putra, dekat sini dan berpandukan rakaman CCTV di kedai berhampiran, ia terjadi sekitar jam 4.21 pagi hingga 5.26 pagi, Khamis lalu.

"Suspek dilihat mengeluarkan busur panah dari kereta jenis Proton Waja lalu memanah anjing tersebut. Nombor pendaftaran kenderaan digunakan bagaimanapun tidak dapat dipastikan," katanya di sini, hari ini.

Ahmad Shukri menambah, perkara terbabit turut disiasat oleh Jabatan Veterinar Negeri Kedah.

"Kes dirujuk kepada jabatan veterinar dengan kami dimaklumkan pihak terbabit akan membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

"Pihak kami bagaimanapun sedia memberi kerjasama untuk memberkas pelaku berkenaan," katanya.

Peristiwa menyayat hari itu turut mendapat reaksi beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyifatkan sebagai amat sadis dan kejam.

Pertubuhan Pasukan Tindakan Haiwan (AAT) yang berpangkalan di Petaling Jaya menerusi satu kenyataan menggesa pihak berkuasa menggunakan segala kekuatan untuk menjejak dan menangkap individu yang dianggap zalim itu.

"Kaedah menangani populasi anjing liar bukan menggunakan senjata berbahaya sebaliknya mesti ditangani pihak berkuasa tempatan (PBT) secara undang-undang (by law).

"Masyarakat khususnya pencinta haiwan ternanti-nanti bagaimana Akta Senjata 1960 (Akta 206), Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan undang-undang lain yang sesuai akan dikuatkuasakan terhadap pelaku," katanya.

Dalam pada itu Presiden Pertubuhan Pemanah Tradisional Malaysia (Pertama), Mohd Nasrul Kamarulzaman berkata, pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya kejadian itu.

"Ingin ditegaskan bahawa panahan tidak boleh sama sekali digunakan untuk mencederakan haiwan untuk apa tujuan sekali pun dan perkara itu kerap diingatkan kepada ahli-ahli kami.

"Pertama sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memantau dan mengenal pasti pesalah yang melakukan perbuatan terkutuk ini. Kami memohon supaya sesiapa saja yang menyaksikan kejadian itu supaya melaporkannya kepada pihak berkuasa," katanya. - Getaran, 14 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 8 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran