web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Salur Bantuan 5 Tan Untuk Rakyat Afghanistan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2022 11:48AM

Rakyat Afghanistan menerima bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan. - Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia menyalurkan bantuan barangan keperluan asas seberat lima tan kepada Afghanistan berikutan krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di negara berkenaan, hari ini.

Usaha itu dilaksanakan menerusi kerjasama Golden Horses Digital Investment Bank dan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO), iaitu Global Peace Mission (GPM) dan Buddha’s Light International Association (BLIA).

Jurucakap Kementerian Luar memaklumkan, bantuan kemanusiaan itu, antaranya mencakupi pakaian musim sejuk, jaket, selimut dan susu tepung untuk kegunaan penduduk, khususnya kanak-kanak.

“GPM akan mengedarkan bantuan terbabit dengan kerjasama NGO tempatan di Afghanistan, iaitu Ehsas Welfare & Social Service Organisation (EWSSO), Humanitarian Assistance Society (HAS), Afghan Welfare Society (AWS) dan Just for Afghan Capacity and Knowledge (JACK).

“Bantuan kemanusiaan ini adalah menerusi hasil sumbangan rakyat Malaysia yang diharap dapat meringankan penderitaan penduduk Afghanistan semasa musim sejuk sekarang,” katanya.

Majlis Penghantaran Pasukan Misi Bantuan Kemanusiaan Malaysia Untuk Afghanistan itu disempurnakan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, hari ini.

Penerbangan khas itu bakal melalui Hyderabad, India dan Islamabad, Pakistan sebelum meneruskan penerbangan ke Kabul, Afghanistan.

Menurut jurucakap, NGO Malaysia sentiasa aktif dalam menghulurkan bantuan kepada masyarakat di dalam dan luar negara.

“NGO seperti GPM, Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Muslim Care Malaysia (MCM), MERCY Malaysia dan Pertubuhan Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara (HaRUM) sudah menjalankan misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Afghanistan.

“Terkini adalah BLIA dan akan diikuti Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) untuk menghulurkan bantuan kepada negara sama,” katanya.

Pada masa sama jelas beliau, Pusat Penyelidikan Polisi Ekonomi (CEPR) Malaysia, bersedia menghulurkan bantuan, terutama dalam penubuhan sistem perbankan dan kewangan Islam berdasarkan perundangan Syariah.

Katanya, pihak swasta, korporat dan institusi di negara ini bersedia untuk menawarkan kepakaran serta pengetahuan masing-masing dalam membantu membina dan membangunkan semula Afghanistan.

Antara usaha itu adalah pembangunan infrastruktur, kesihatan, pendidikan, perlombongan sumber mineral, telekomunikasi dan tenaga baharu.

“Misi bantuan kemanusiaan ini menyerlahkan semangat Keluarga Malaysia.

“Ia mempamerkan solidariti rakyat kedua-dua negara, bertepatan budaya prihatin masyarakat majmuk di negara ini tanpa mengira kaum, bangsa dan agama untuk berganding bahu membantu rakyat Afghanistan.

“Malaysia akan meneruskan usaha libat urus membina (constructive engagement) di samping pembangunan modal insan kepada rakyat Afghanistan,” katanya.

Kemelut di Afghanistan terus meruncing sejak Taliban menguasai negara itu pada Ogos tahun lalu, menyebabkan ia kehilangan berbilion dolar bantuan antarabangsa.

Penguasaan puak itu turut meningkatkan masalah kemiskinan, peperangan, selain diburukkan bencana alam seperti banjir dan gempa bumi.

Awal bulan ini, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) melancarkan rayuan bantuan sebanyak lima bilion dolar bagi membantu Afghanistan.

Insiden menimpa Afghanistan turut menarik simpati dunia apabila pelbagai misi bantuan dilancarkan, sama ada menerusi usaha kerajaan atau hasil kutipan dijalankan NGO di setiap negara untuk meringankan bebanan rakyat di sana. - Getaran, 22 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Majlis Kewangan Negara Setuju Tambah Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Tahun Ini

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad