web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ribut, Jemaah Solat Asar Dikejutkan Bunyi Dentuman

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2022 9:26PM

Sebuah menara stesen pemancar rangkaian telekomunikasi tumbang petang semalam berikutan hujan dan angin kencang di Surau Al Ansar Seri Palma Botani hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Sekumpulan jemaah yang sedang menunaikan solat asar di Surau Diri Jumaat Al-Ansar di kawasan perumahan Seri Palma, Bandar Seri Botani di sini gempar apabila mendengar bunyi dentuman yang diiringi guruh dalam kejadian ribut semalam.

Semsudin Abu Baker, 71, berkata mereka bagaimanapun tetap meneruskan solat ketika mendengar bunyi itu yang terhasil akibat runtuhan menara telekomunikasi pada 4.47 petang.

"Seusai solat, kami meninjau tempat di mana bunyi dentuman itu kedengaran dan melihat sebuah menara stesen pemancar rangkaian telekomunikasi setinggi 30 meter tumbang serta menghempap kabin yang terletak di belakang surau hingga musnah.

"Syukurlah kabin yang digunakan sebagai premis penginapan siak itu tidak berpenghuni sewaktu kejadian berlaku," katanya kepada pemberita di lokasi terbabit hari ini.

Sementara itu, pengerusi surau Mohd Fadzli Ahmad berkata beliau bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dalam insiden itu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed pula berkata pemilik menara itu Prosontech Sdn Bhd (Prosontech) akan menguruskan ganti rugi kerosakan kepada pihak surau.

Beliau berkata sebagai penyelesaian jangka pendek, stesen pangkalan mudah alih akan digunakan untuk menyediakan liputan rangkaian selular sementara di lokasi terbabit.

"Kira-Kira 1,000 pengguna perkhidmatan Digi Telecommunications Sdn Bhd dijangka mengalami kekurangan kapasiti ketika ini, jadi mereka diharap bersabar kerana keadaan akan kembali pulih selewat-lewatnya Jumaat ini.

"Pada asasnya, tiada gangguan teruk kerana terdapat menara telekomunikasi lain yang berhampiran namun menara sementara akan disediakan bagi memastikan kualiti rangkaian," katanya.

Khairul Shahril juga berkata Prosontech akan menggantikan struktur runtuhan dengan segera selepas mengemukakan pelan perancangan dan reka bentuk menara baharu mengikut spesifikasi yang dijangka siap dalam tempoh tiga bulan. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan