web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Negeri Catat Penggunaan Katil ICU Lebih 50 Peratus

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2022 2:33PM

3 negeri iaitu Johor, Kuala Lumpur dan Melaka merekodkan penggunaan katil di wad ICU melebihi 50 peratus bagi merawat pesakit COVID-19. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga negeri dilaporkan merekodkan penggunaan katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) melebihi 50 peratus bagi merawat pesakit COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan katil ICU paling tinggi dicatatkan di Johor iaitu 32 daripada 46 katil yang dikhaskan.

“Selain itu Kuala Lumpur pula sudah menggunakan 65 peratus daripada keseluruhan 26 katil ICU di wad tersebut.

“Sebanyak 12 daripada 24 katil di Melaka juga sudah diisi pesakit COVID-19,” katanya hari ini.

Bagi katil bukan ICU pula, Dr Noor Hisham berkata, terdapat empat negeri merekodkan penggunaan katil melebihi 90 peratus iaitu di Selangor dengan 104 peratus, Perlis (101 peratus), Kelantan (96 peratus) dan Perak (91 peratus).

“Selain itu, lima negeri lagi merekodkan penggunaan katil bukan ICU melebihi 50 peratus iaitu masing-masing 82 peratus di Putrajaya dan Johor, Sabah (79 peratus), Kuala Lumpur (77 peratus) dan Pulau Pinang (50 peratus).

"Untuk penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19, terdapat enam negeri merekodkan pengisian lebih 50 peratus iaitu Selangor dengan 74 peratus, masing-masing 58 peratus di Perak serta Terengganu, Sabah (57 peratus), Melaka (53 peratus) dan Kelantan (50 peratus)," katanya.

Pada masa sama Dr Noor Hisham memaklumkan, pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan meningkat kepada 139 namun peratusan penggunaan alat tersebut adalah sebanyak 36 peratus.

“Secara keseluruhannya, Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati kapasiti fasiliti kesihatan di hospital awam masih boleh menampung kes COVID-19 dan bukan COVID-19.

“Namun begitu, setiap negeri telah bersiapsiaga dengan pelan tindak balas cepat sekiranya berlaku peningkatan kes,” katanya.

Setakat semalam sebanyak 485 kes atau 33.7 peratus dimasukkan ke hospital, membabitkan kategori 3,4 dan 5.

Katanya, kira-kira 953 kes atau 66.3 peratus lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2. - Getaran, 21 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 4 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 7 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad