web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


37 Kematian Baharu COVID-19, Johor Kekal Catat Jumlah Tertinggi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2022 1:58PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 37 kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, 10 kes kematian berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 32,347 dengan 6,573 daripadanya adalah kes BID.

Johor mencatatkan kematian tertinggi iaitu sembilan kes, diikuti Selangor (7), Kedah (6), masing-masing empat di Perak dan Sabah manakala tiga di Pulau Pinang (3).

Sementara itu, dua kematian direkodkan di Pahang manakala Melaka dan Labuan masing-masing merekodkan satu kes.

Bagi kes BID pula, tiga kematian direkodkan di Selangor, masing-masing dua di Johor, Kedah dan Sabah serta satu di Pulau Pinang.

Tiada kematian direkodkan di Kelantan, Negeri Sembilan, Perlis, Sarawak, Terengganu, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 251,678 kes aktif dilaporkan dengan 238, 620 individu sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 5,287 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), manakala 7,524 sedang menerima rawatan di hospital.

Kira-kira 247 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 139 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 18,459 kes sembuh turut dilaporkan.

Dalam pada itu, sebanyak 128,153 dos vaksin diberikan semalam, iaitu 66,459 dos penggalak, 61,230 dos pertama dan 464 dos lengkap.

Setakat ini, kira-kira 25,742,964 atau 78.8 peratus penduduk di negara ini sudah lengkap divaksinasi dengan 22,944,158 membabitkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas. - Getaran, 21 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

2

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

3

Semasa 1 tahun yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Angka Korban Serangan Israel Di Gaza Cecah 36,550 Orang

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Pendidikan 5 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran