web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


34 Kematian Baharu COVID-19, Johor Catat Jumlah Tertinggi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2022 11:00AM

Jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 kini mencecah 32,310 dengan 6,563 daripadanya adalah kes BID. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 34 kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, 12 kes kematian berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 32,310 dengan 6,563 daripadanya adalah kes BID.

Johor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu lapan kes, diikuti Sabah (7), Selangor (5), Melaka (4) manakala masing-masing dua di Kedah, Negeri Sembilan dan Perak.

Sementara itu, Sarawak, Pulau Pinang, Terengganu dan Kelantan pula merekodkan satu kematian di setiap negeri.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 243,342 kes aktif dilaporkan dengan 230,491 individu sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 5,414 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), manakala 7,199 menerima rawatan di hospital.

Kira-kira 238 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 130 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 18,514 kes sembuh turut dilaporkan.

Dalam pada itu, sebanyak 151,156 dos vaksin diberikan semalam, iaitu 77,517 dos penggalak, 72,991 dos pertama dan 648 dos lengkap.

Setakat ini, kira-kira 25,742,431 atau 78.8 peratus penduduk di negara ini sudah lengkap divaksinasi dengan 22,943,785 membabitkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas. - Getaran, 20 Februari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 26 minit yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek