Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Awas Parasetamol Tiruan, Stok Kurang Sejak 5 Bulan Lalu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2022 8:55AM

Masalah kekurangan parasetamol bukan hanya berlaku di ibu kota malah turut dilaporkan berlaku di negeri lain. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas insiden telur ayam habis, kali ini kecoh di media sosial mengenai kekurangan bekalan parasetamol di pasaran.

Pergilah mana-mana farmasi, kedai runcit mahupun kedai serbaneka, kebanyakan ubat tersebut yang juga ‘hot item’ ketika ini sudah habis dijual.

Malah tinjauan Getaran di sebuah kedai serbaneka di ibu negara semalam mendapati, bekalan ubat berkenaan terutamanya jenama pilihan ramai kehabisan stok sejak lima bulan lalu.

Semuanya gara-gara peningkatan kes positif COVID-19 saban hari dan semakin ramai yang mengambil suntikan dos penggalak. 

Kebiasaannya ubat tersebut dimakan sekiranya seseorang mengalami demam selepas vaksinasi COVID-19, selain melegakan sakit kepala yang teruk akibat dijangkiti virus berbahaya itu.

Isu kekurangan bekalan ubat tersebut turut mendapat perhatian Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Amrahi Buang.

Malah beliau mengakui masalah tersebut bukan sahaja berlaku di ibu negara, tetapi turut dikesan di beberapa negeri lain.

Katanya, ketiadaan bekalan ubat tersebut turut dikhuatiri menjadi pemudah cara pihak tidak bertanggungjawab menjual parasetamol tiruan melalui portal e-dagang.

Justeru, Amrahi menasihati orang ramai supaya tidak membeli bekalan parasetamol secara atas talian yang menjadi lubuk penjualan ubat tiruan.

Katanya, terdapat kes parasetamol tiruan terutamanya membabitkan jenama diminati ramai dikesan dijual menerusi kaedah tersebut sebelum ini.

“Harus diingat ada parasetamol tiruan di pasaran. Antaranya yang membabitkan jenama ubat tahan sakit terkenal di negara ini.

“Ubat tiruan itu kebanyakannya dijual secara online. Sebab itulah saya tidak galakkan ubat tersebut dibeli dengan cara begitu,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Untuk mengelak risiko terbeli parasetamol tiruan, Amrahi menggalakkan orang ramai supaya mendapatkan ubat tersebut di farmasi berdaftar.

“Nak membezakan tiruan atau tulen, caranya pergi ke farmasi. Memang kita ada alat untuk memeriksa ketulenan pelekat hologram FarmaTag yang terdapat pada kotak produk.

“Checker tersebut memang diberikan secara percuma kepada farmasi untuk memeriksa ketulenan logo hologram. Jadi dari situ kita akan dapat semua maklumat termasuklah logo pendaftaran,” katanya.

Dalam usaha memerangi penjualan ubat parasetamol tiruan, Amrahi berkata, setiap ahli farmasi yang ingin menjual produk mereka di platform e-dagang perlu mematuhi tiga perkara yang ditetapkan.

Katanya, tiga syarat tersebut adalah pemilik shop front itu mestilah ahli farmasi berdaftar, pemegang lesen A (memiliki premis farmasi fizikal) dan juga menjadi ahli MPS.

“Kita minta mereka kemukakan ketiga-tiga perkara itu. Kalau dah OK, kita tahu dekat shop front itu ada logo verifikasi oleh MPS. Jadi kalau apa-apa berlaku kita boleh track premis fizikal.

“Kalau tidak, nanti kita tak tahulah mana dia dapat stok, tak kenal siapa pemilik shop front tersebut. Kita juga nak pastikan semua ubat yang dijual tulen. Jadi nak jual atas talian bukan benda main-main,” katanya.

Menurut Amrahi, terdapat ratusan farmasi yang sudah memulakan penjualan produk mereka menerusi platform e-dagang.

“Kami bermula akhir 2020, sudah setahun lebih. Setakat ini yang berdaftar dah ramai, ada dalam ratusan farmasi. 

“Itu antara usaha kita nak bantu ahli farmasi meningkatkan jualan yang terjejas akibat COVID-19. Kita juga mahu menyediakan bekalan ubat itu secara atas talian selain memberi perkhidmatan nilai tambah kepada pengguna,” katanya.

Mengulas mengenai kekurangan bekalan parasetamol di pasaran, Amrahi berkata, permintaan ubat itu meningkat ketika negara diancam gelombang Omicron.

Namun beliau juga tidak menolak terdapat kemungkinan berlaku masalah di bahagian pengilangan ataupun rantaian pembekalan.

“Umum mengetahui bila wabak COVID-19 melanda, kita akan menghadapi masalah pengeluaran. Bahan-bahan mentah atau bahan-bahan aktif parasetamol kita import.

“Lepas itu ada juga masalah di bahagian logistik dan sebagainya. Namun kita tahu ubat ini memang sudah digunakan awal-awal lagi,” katanya.

Amrahi juga tidak memiliki sebarang jawapan apabila diminta mengulas mengenai jangkaan bekalan ubat itu terutamanya jenama popular di negara ini kembali berada di pasaran.

 “Tarikh jangkaan saya tak boleh nak jawab. Mungkin boleh dapatkan maklumat daripada syarikat berkaitan.

“Tapi saya nasihatkan belilah parasetamol daripada jenama lain yang ada di pasaran. Kesannya sama sahaja. Ubat tersebut juga sudah berdaftar selain selamat dimakan,” katanya.

Orang ramai turut meluahkan kesukaran mendapatkan bekalan parasetamol di Facebook.

“Sebelum ini nak cari ayam bukan main susah. Sekarang Panadol mana-mana tempat pun habis stok. Alahai orang Johor, tinggal-tinggallah sikit untuk orang belakang,” kata Nur Atiqah.

“Kenapa banyak kedai, Panadol Actifast habis? Hampir enam kedai pergi semua habis. Pelik,” kata Roy Shake.

“Kenapa ye Panadol Actifast pun dah habis dekat Melaka ni? Kes ayam KFC tak ada pun tak settle lagi ni,” kata Ct Nur. - Getaran, 20 Februari 2022

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Harumanis Tiruan Tak Jejas Pasaran Baka Asli Perlis

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Guna Hubungan Baik Pelbagai Negara Bantu Henti Kekejaman Di Gaza - PM

Semasa 8 jam yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Pegawai Khas Bekas AG Terhadap Rewcastle-Brown

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Rayuan Siti Bainun Terhadap Hukuman Penjara 12 Tahun Esok