web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Tikam Kekasih Sebelum Bunuh Diri

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2022 8:31AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Seorang lelaki dipercayai menikam teman wanitanya sebelum bertindak membunuh diri sendiri hanya kerana perselisihan faham dalam hubungan di sebuah rumah di Taman Merdeka, Batu Berendam di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam kejadian kira-kira 4 petang, mayat gadis berusia 22 tahun ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan tusukan pisau di badan.

Katanya, turut ditemukan mayat teman lelaki gadis terbabit berusia lewat 20-an dengan kesan tikaman pisau pemotong sayur pada perutnya.

"Kita menerima maklumat kejadian daripada rakan gadis terbabit yang sempat menghubunginya meminta tolong selepas berlaku pertengkaran antara pasangan berkenaan.

"Sebaik tiba, pintu rumah dalam keadaan berkunci menyebabkan kita terpaksa meminta bantuan bomba untuk memecah masuk rumah terbabit," katanya ketika dihubungi di sini. 

Beliau berkata siasatan awal mendapati pemuda terbabit dipercayai terlebih dahulu menikam teman wanitanya selepas berlaku perselisihan faham sebelum menikam dirinya sendiri berdasarkan penemuan sebilah pisau pemotong sayur di perut pemuda berkenaan.

“Pemeriksaan turut menemukan minyak tanah berhampiran pemuda terbabit dengan kesan mulut yang berbuih yang mana ada kemungkinan dia cuba bunuh diri dengan meminum minyak tanah sebelum menikam dirinya sendiri.

“Sebelum kejadian, gadis terbabit yang dikesan positif COVID-19 berdasarkan semakan di aplikasi MySejahtera sempat menghubungi rakannya bagi meminta bantuan," tambahnya lagi.

Christopher bagaimanapun berkata, polis masih menyiasat motif sebenar kejadian dan punca kematian pasangan muda berkenaan. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 23 minit yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 23 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik