web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Langgar SOP, Pemilik dan Pengunjung Pusat Hiburan Dikompaun RM91,000 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2022 8:53PM

Polis mengeluarkan 91 kompaun bernilai RM91,000 terhadap pemilik dan pengunjung 3 pusat hiburan di ibu kota kerana gagal mematuhi SOP. - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis mengeluarkan 91 kompaun bernilai RM91,000 terhadap pemilik dan pengunjung tiga pusat hiburan di sini, tengah malam tadi.

Kompaun itu dikeluarkan kerana premis terbabit gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob, pemeriksaan dilakukan menerusi serbuan pihak polis itu mendapati ketiga-tiga pusat hiburan berkenaan beroperasi dengan melakukan kesalahan melanggar SOP PPN.

“Ketiga-tiga pemilik dan 87 pengunjung premis terbabit dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 setiap seorang, menjadikan jumlah keseluruhan kompaun adalah RM91,000.

“Pusat hiburan terbabit didapati melakukan aktiviti terlarang di dalam pub atau kelab malam selaras dengan kesalahan mengikut Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) PPN Fasa 4 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya turut mengeluarkan sebanyak 370 kompaun membabitkan nilai keseluruhan berjumlah RM370,000 ke atas pemilik premis dan pengunjung pusat hiburan di sekitar ibu negara bagi tempoh Januari lalu sehingga hari ini.

Katanya, sebanyak 80 kompaun bernilai RM80,000 dikeluarkan kepada orang ramai yang gagal mematuhi SOP yang dijalankan Pasukan Pematuhan SOP COVID-19 JPJKK Kuala Lumpur.

“Semua kompaun berkenaan dikeluarkan mengikut Akta 342 APPPB yang dikuatkuasakan kerajaan ketika ini.

“Orang ramai diminta mematuhi semua SOP ditetapkan dalam usaha membantu kerajaan mengawal penularan COVID-19 demi kesejahteraan masyarakat bersama,” katanya. - Getaran, 19 Februari 2022

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 6 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad