web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sempadan Negara Dijangka Dibuka Awal Suku Kedua Tahun Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2022 8:33PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Awal suku tahun kedua tahun ini merupakan garis masa realistik untuk pembukaan semula sempadan negara, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memberi masa dua minggu kepada beliau dan Kementerian Kesihatan (KKM), untuk menyediakan garis panduan bagi pembukaan sempadan.

Namun jelasnya ini tidak bermakna sempadan negara akan dibuka dalam masa dua minggu lagi, kerana perkara itu perlu dibincangkan di beberapa peringkat terlebih dahulu.

Katanya garis panduan berkenaan perlu dibentangkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Pandemik COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, serta Jawatankuasa Kuartet Menteri COVID-19 sebelum dibawa ke Jemaah Menteri.

“Sebab ini keputusan besar yang tidak boleh dibuat di peringkat KKM, ini melibatkan polisi besar negara. Saya jangka mungkin suku tahun kedua adalah satu garis masa realistik, tetapi tarikhnya biarlah Perdana Menteri yang menentukannya nanti,” katanya kepada pemberita selepas melawat Klinik Kurnia, yang menawarkan perkhidmatan Skim Peduli Kesihatan B40 (PeKa B40), di sini hari ini.

Berhubung keputusan pengawal selia kesihatan Amerika Syarikat menangguhkan semakan vaksin COVID-19 Pfizer untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun berikutan regimen dua dosnya tidak berfungsi dengan baik terhadap varian Omicron, Khairy berkata kumpulan kerja teknikal sentiasa memberikan nasihat kepada KKM berkenaan kesesuaian vaksin.

“Kita ada dua proses, satu kelulusan oleh badan kawal selia iaitu Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), satu lagi adalah pandangan kumpulan pakar.

“Kumpulan pakar sedang memperhalusi data untuk vaksin bagi kanak-kanak di bawah usia lima tahun, belum ada apa-apa syor lagi kepada KKM,” katanya.

Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) dilapor sebagai berkata ia memerlukan lebih banyak data mengenai vaksin itu, sekali gus menangguhkan keputusan untuk menggunakan vaksin berkenaan kepada kanak-kanak berumur enam bulan hingga empat tahun selama sekurang-kurangnya dua bulan.

Mengulas mengenai PeKa B40 yang bermatlamat pengesanan dan pencegahan awal penyakit tidak berjangkit (NCD), Khairy berkata setakat ini inisiatif berkenaan telah berjaya menyaring 561,990 individu daripada kumpulan B40.

“Bagaimanapun, jumlah ini masih rendah berbanding jumlah yang layak iaitu lebih 4.9 juta orang di seluruh negara. Di Johor, 47,448 penerima telah disaring di bawah skim ini dan daripada jumlah itu, 12,950 telah disahkan menghidap NCD.

“Saya ingin menyeru mereka yang layak untuk menjalani saringan kesihatan percuma di mana-mana klinik kesihatan kerajaan dan klinik swasta yang berdaftar di bawah PeKa B40 di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata fokus utama inisiatif berkenaan adalah pencegahan peringkat awal melalui empat manfaat kesihatan yang ditawarkan iaitu saringan kesihatan percuma, bantuan alat perubatan, insentif melengkapkan rawatan kanser dan insentif pengangkutan.

Menurutnya mengikut Persekutuan Jantung Sedunia, NCD khususnya penyakit pulmonari obstruktif kronik, penyakit jantung, hipertensi dan diabetes merupakan faktor risiko utama yang akan menyebabkan pesakit COVID-19 mengalami simptom yang teruk. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik