Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PIBG Bantah Sekolah Menengah Dijadikan Pusat Mengundi 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2022 4:34PM

PIBG SMK Impian Emas membantah penggunaan sekolah menengah untuk dijadikan sebagai pusat mengundi pada PRN Johor, 12 Mac ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan sekolah menengah sebagai pusat pembuangan undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bulan depan, dibantah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di negeri berkenaan.

Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Impian Emas, Mazlan Sulor berkata, keputusan itu menyebabkan pihaknya menerima pelbagai aduan, khususnya daripada ibu bapa.

Katanya, keputusan itu bukan sahaja memberi risiko kesihatan kepada masyarakat, malah lebih utama terhadap calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

“Kami memang tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan, kerana ia memberi risiko kepada warga sekolah, sekiranya wujud kluster baharu COVID-19.

“Kami mendesak supaya pihak atasan, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob campur tangan untuk menyelesaikan perkara ini bagi mewujudkan situasi menang-menang yang mana SPM dan PRN Johor dapat berjalan lancar,” katanya.

Mazlan Sulor
Mazlan Sulor

Sebelum ini, cadangan dikemukakan SPR untuk menggunakan sekolah menengah sebagai pusat mengundi turut dipertikai dan ditolak badan bukan kerajaan berkaitan pendidikan, termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) serta Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan.

Mazlan berkata, bantahan itu juga dibuat pihaknya demi masa depan pelajar yang dibimbangi akan terkesan daripada sudut emosi, sekiranya berlaku penularan atau mereka sendiri dijangkiti.

“Kami bimbang ada antara guru atau calon SPM akan dijangkiti sehingga menyukarkan mereka menduduki peperiksaan, ini pasti akan memberi tekanan emosi kepada mereka.

“Justeru, kami akan menghantar surat bantahan berhubung perkara itu kepada Pengarah SPR Johor, esok,” katanya.

Shamsudin Baharon
Shamsudin Baharon

Sementara itu, Naib Yang Dipertua PIBG SMK Aminuddin Baki, Shamsudin Baharon memberitahu, situasi kes baharu COVID-19 yang semakin meningkat, termasuk di Johor menambah kebimbangan pihaknya.

“Apabila sekolah berkenaan dijadikan pusat mengundi, ada ramai pihak keluar dan masuk premis sekolah serta sukar untuk mengenalpasti mana-mana individu bergejala.

“Demi kesejahteraan semua pihak, khususnya pelajar, sekolah menengah tidak sesuai digunakan sebagai pusat mengundi,” katanya.

Semalam, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin dilaporkan berkata, SPR sudah memilih 151 buah sekolah menengah di Johor yang akan digunakan sebagai pusat pengundian pada PRN, namun beberapa perkara berkaitan sedang diperincikan. – Getaran, 19 Februari 2022
 

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Minggu Depan

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak 9 Tahun Jatuh Longkang Ditemukan Lemas

Sukan 1 hari yang lalu

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Semasa 19 jam yang lalu

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

oleh Sophia Ahmad