web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tuduhan Membunuh Bayi Ke Atas Remaja Masih Boleh Dikaji Semula - AGC

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2022 7:31PM

Pertuduhan remaja yang berusia 14 tahun itu masih boleh dikaji semula.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) masih boleh meneliti dan mengkaji semula pertuduhan membunuh bayi lelaki baru dilahirkan yang dikenakan terhadap seorang remaja, kepada pertuduhan lain.

AGC menerusi kenyataan memaklumkan ia setelah mengambil kira perkembangan tambahan termasuk hasil siasatan kejadian rogol ke atas remaja perempuan itu yang berumur 14 tahun 11 bulan.

Jabatan berkenaan memaklumkan remaja berkenaan akan diadili melalui proses keadilan mahkamah mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) memandangkan orang yang dituduh itu adalah seorang kanak-kanak seperti mana takrifan di bawah Akta 611 dan jika disabitkan kanak-kanak itu akan diperintahkan untuk ditahan di bawah Seksyen 97(2).

Di bawah seksyen itu pesalah muda ditahan di penjara selama perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan atau Yang di-Pertua Negeri, mengikut di mana kesalahan itu berlaku.

Menurut AGC, pertuduhan ke atas remaja itu adalah satu proses keadilan jenayah yang telus tanpa dipengaruhi oleh apa-apa dorongan dan berasaskan kepada keterangan semata-mata.

“Maklumat mengenai kejadian rogol hanya diketahui selepas remaja tersebut ditangkap, di mana satu laporan polis dibuat olehnya  pada 8 Februari 2022. Susulan daripada laporan polis itu satu kertas siasatan dibuka dan siasatan masih dijalankan,” menurut jabatan itu.

Menurut AGC, laporan polis berkaitan kertas siasatan itu telah dibuat pada 8 Februari lepas oleh seorang pegawai perubatan yang memaklumkan bahawa pada hari berkenaan 9 pagi, semasa sedang bertugas di Klinik Kesihatan Seri Bandi, Kemaman, Terengganu beliau telah dimaklumkan  mengenai satu kes bersalin di rumah.

“Pada jam lebih kurang 9.10 pagi, pengadu bersama pasukan telah ke lokasi dan terlihat satu perempuan sedang memegang bayi berhampiran sinki dapur. Pengadu juga mendapati tali pusat bayi telah dipotong dengan menggunakan benda tajam.

“Setelah membuat penelitian ke atas hasil siasatan yang dikemukakan, Pejabat Pengarah Pendakwan Negeri telah memberi kebenaran untuk pertuduhan ke atas remaja itu yang berumur 14 tahun 11 bulan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan  berkaitan kematian bayi dilahirkan itu,” menurut kenyataan itu.

Jabatan itu menyatakan bahawa, pertuduhan dibuat berasaskan keterangan saksi-saksi dan dokumentasi serta keterangan pegawai forensik dan pengesahan pakar patologi bahawa bayi yang mati itu berumur antara 38 hingga 40 minggu dengan berat 2.49 kg semasa dilahirkan dengan tali pusat telah dipotong dengan benda tajam dan terdapat kecederaan lain termasuk satu tikaman pada bahagian badan bayi tersebut.

Pada 15 Februari lepas, remaja itu didakwa di Mahkamah Majistret Kemaman di Terengganu atas pertuduhan dengan sengaja membunuh bayi itu di sebuah rumah di Seri Bandi di negeri itu antara 7 hingga 9 pagi, 8 Februari lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati mengikut Seksyen 97(2) Akta Kanak-Kanak 2001, namun boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan atau Yang di-Pertua Negeri, mengikut di mana kesalahan itu berlaku. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 6 hari yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 12 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja