web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PH Batal Rancangan 5G, Kelajuan Internet Menjunam

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2022 4:04PM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa kelajuan internet mudah alih di negara ini jatuh ke tahap paling perlahan di rantau ASEAN.

Katanya, kemerosotan itu berlaku sejak Pakatan Harapan (PH) membatalkan rancangan rangkaian liputan 5G di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Malah, beliau berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) selalu membuat pusingan-U dan akhirnya memutuskan untuk membina monopoli infrastruktur 5G melalui syarikat milik kerajaan Digital Nasional Berhad (DNB).

“Pada ketika ini juga, infrastruktur 5G yang dibina DNB masih tidak diluluskan oleh syarikat Apple dan Samsung.

“Harap kerajaan hari ini akan memperbetulkan keadaan secepat mungkin agar Malaysia tidak lagi merupakan satu-satunya negara di ASEAN tanpa perkhidmatan 5G,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Najib berkata, tiada guna rakyat membeli telefon pintar dan peranti 5G terbaharu, sekiranya masih tidak mendapat akses kepada liputan tersebut.

“Apa ertinya bagi Rakyat Malaysia membeli smartphone (telefon pintar) dan peranti 5G terbaharu yang canggih tapi kita tidak ada 5G?” soalnya.

Terdahulu, Getaran melaporkan Malaysia menduduki ranking ke-81 daripada 100 negara dalam aspek kualiti liputan rangkaian jalur lebar generasi keempat (4G), berdasarkan ujian dilakukan Tutela, sebuah syarikat data sumber bebas dengan panel global yang terdiri dari lebih 300 juta pengguna telefon pintar.

Data diperolehi melalui laporan pengalaman mudah alih berdasarkan ujian membabitkan 100 negara pada September tahun lalu itu, jelas menunjukkan liputan 4G di negara ini amat mengecewakan.

Masalah capaian internet masih lemah meskipun langkah untuk memantapkan liputan 4G giat dijalankan syarikat telekomunikasi sehingga isu tersebut hangat dibahaskan di Dewan Rakyat beberapa bulan lalu.

Dalam pada itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa pada Disember lalu, mengumumkan bahawa kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Rangkaian Borong Tunggal (SWN) bagi pelancaran 5G dan penempatan berkenaan akan dijalankan seperti dirancang.

Kerajaan sebelum ini sudah mengarahkan DNB untuk penempatan di bawah pendekatan model SWN.

Sehingga Disember lalu, hanya Telekom Malaysia Bhd (UniFI Mobile) dan YTL Communications Sdn Bhd (YES) sudah mendaftar untuk perjanjian perkhidmatan rangkaian dan gentian 5G DNB yang akan mempercepatkan penempatannya di seluruh negara. - Getaran, 18 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

2

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Penjara Di Rumah Atau Di Kajang, Nasib Najib Ditentukan Januari 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek