web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


39 Kematian Baharu COVID-19, Selangor Tertinggi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2022 10:55AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 39 kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, 17 daripada kes kematian itu berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat pandemik berkenaan mencecah 32,240 dengan 6,540 daripadanya adalah kes BID.

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu 16 kes, diikuti Sabah (14), manakala Kelantan, Pahang dan Perak masing-masing dua kes.

Kedah, Melaka dan Kuala Lumpur pula merekodkan satu kes di setiap negeri.

Tiada kes kematian dilaporkan di Johor, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 217,781 kes aktif dilaporkan dengan 204,875 individu sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 5,571 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), manakala 7,119 menerima rawatan di hospital.

Kira-kira 216 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 141 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 11,744 kes sembuh turut dilaporkan.

Dalam pada itu, sebanyak 173,669 dos vaksin diberikan semalam, iaitu 117,727 dos penggalak, 54,398 dos pertama dan 1,544 dos lengkap.

Setakat ini, kira-kira 25,739,546 atau 78.8 peratus penduduk di negara ini sudah lengkap divaksinasi dengan 22,941,779, membabitkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas. - Getaran, 18 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

2

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

3

Semasa 1 tahun yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Angka Korban Serangan Israel Di Gaza Cecah 36,550 Orang

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 53 minit yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 4 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja