web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Guna Sekolah Menengah Untuk Buang Undi Bebankan Banyak Pihak

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2022 9:00PM

Salah sebuah sekolah yang dijadikan sebagai pusat pembuangan undi semasa PRN Melaka lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan menggunakan sekolah menengah sebagai tempat pembuangan undi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan membebankan ramai pihak.

Bekas Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata, beliau bersetuju dengan permintaan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin yang mahukan sekolah menengah tidak dijadikan pusat pembuangan undi.

Menurutnya, alasan diberikan Mohd Radzi itu ada asasnya kerana PRN Johor diadakan serentak bersama Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Kebiasaannya memanglah sekolah rendah dan menengah digunakan sebagai pusat pembuangan undi dalam mana-mana PRN atau pun Pilihan Raya Umum (PRU).

“Bagaimanapun, memandangkan masa pembuangan undi di PRN Johor berlaku serentak dengan peperiksaan SPM, saya amat bersetuju jika sekolah menengah dikecualikan daripada dijadikan lokasi mengundi,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Dr Mohamad Ali Hassan
Dr Mohamad Ali Hassan

Menurut beliau, ia bertujuan mengelakkan sekolah menengah menjadi tumpuan yang berisiko mencetuskan penularan wabak COVID-19.

“Kita amat bersyukur ramai penduduk di Malaysia sudah divaksinasi dan melengkapkan dos mereka, namun masih ramai juga remaja yang belum divaksin sepenuhnya.

“Justeru, kita harus menitikberatkan soal keselamatan golongan tersebut yang pada masa sama akan menghadapi peperiksaan besar,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohamad Ali berkata, ia pasti akan menyusahkan banyak pihak dalam memastikan keselamatan premis kekal berada pada tahap tertinggi untuk pelajar SPM jika sekolah menengah digunakan sebagai pusat pembuangan undi.

“Kita tentunya perlu membersihkan premis tersebut termasuk melakukan proses sanitasi dan kuarantin warga terlibat, sekali gus menyukarkan pengaturan semula premis peperiksaan tersebut,” katanya.

“Dalam hal ini, sekolah rendah dan premis lain masih boleh digunakan sebagai pusat pengundian kerana ia tidak menjejaskan persiapan menduduki SPM,” katanya. – Getaran, 17 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi DUN Nenggiri Pilih Wakil Rakyat Baharu Hari Ini

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

16 Pusat Peperiksaan SPM Di Terengganu Berdepan Risiko Gelombang Keempat Banjir

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Lantikan Pengawas Peperiksaan Kalangan Orang Awam Terikat Peraturan, SOP

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Calon SPM Terjejas Banjir, KPM Ikut Garis Panduan Sedia Ada - Fadhlina

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 21 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad