web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


22 Kes Kematian Tiada Kaitan Dos Penggalak, SOP PRN Johor Dimuktamad

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2022 8:43PM

22 daripada 42 kes kematian mengesahkan ia tidak memiliki kaitan dengan dos penggalak seperti didakwa manakala 20 lagi aduan mengenai AEFI masih dalam siasatan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Siasatan terperinci dijalankan Jawatankuasa Farmakovigilans Khas Vaksin COVID-19 (JFK)  terhadap 22 daripada 42 kes kematian mengesahkan ia tidak memiliki kaitan dengan dos penggalak seperti didakwa.

Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Dr Roshayati Mohamad Sani berkata, sebanyak 20 lagi aduan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) yang diterima Kementerian Kesihatan (KKM) masih lagi dalam siasatan.

"Kami akan bermesyuarat setiap bulan. Jadi yang terkini daripada 42 laporan itu, sebanyak 22 kes sudah dinilai dan 20 lagi masih menunggu siasatan.

"Daripada 22 kes itu, hasil penilaian Jawatankuasa Farmakovigilans didapati tiada hubung kait yang menyebabkan kematian," katanya pada sidang media KKM, hari ini.

Justeru Dr Roshayati menasihati semua pihak termasuk media agar membaca keseluruhan kenyataan diberikannya bagi mengelak sebarang kekeliruan.

“Sebab itu saya berharap kenyataan yang diberi itu dibaca betul-betul, jangan diambil separuh-separuh sahaja sehingga menyebabkan kekeliruan kepada masyarakat.

“Masyarakat akan takut disebabkan vaksin 42 kematian tetapi kematian itu belum dinilai lagi. Seperti sedia maklum penyiasatan akan ambil masa,” katanya.

Semalam, beliau dipetik sebagai berkata, sistem Pelaporan AEFI NPRA menerima 24,990 laporan termasuk 1,104 yang melibatkan dos penggalak vaksin COVID-19 dan lapan laporan bagi penerima vaksin kanak-kanak lima hingga bawah 11 tahun.

“Daripada jumlah keseluruhan itu terdapat 1,747 laporan dikategorikan sebagai AEFI serius bersamaan kadar 27 laporan bagi setiap sejuta dos,” katanya.

Menurut beliau, demam, sakit pada tempat suntikan, sakit kepala, sakit otot dan keletihan adalah antara kesan advers paling kerap dilaporkan oleh penerima vaksin dan ia biasanya pulih dalam masa satu atau dua hari.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan jawatankuasa tersebut dianggotai pakar perubatan mengikut kepakaran masing-masing.

Malah katanya, pakar perubatan dari universiti turut dilantik menganggotai jawatankuasa tersebut hari ini.

“Kalau ada keperluan dan kepakaran di pihak swasta, boleh kita lantik menjadi jawatankuasa untuk membantu menyiasat dan melihat kes bukti yang ada sebelum kita boleh sahkan sebab kematian,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan pihaknya sudah bersetuju dengan syor prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau optimis SOP itu mampu mencegah peningkatan jangkitan COVID-19 sekiranya tahap pematuhan rakyat di tahap tertinggi.

“Jadi saya serahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk umumkan nanti. KKM dah buat syor atau cadangan kita.

“Kita dah setuju dengan apa yang dibentang. Saya yakin jika SOP dipatuhi, mencukupi untuk mencegah peningkatan (kes) terlalu mendadak,” katanya. - Getaran, 17 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

2

Semasa 2 tahun yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

3

Semasa 2 tahun yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Angka Korban Serangan Israel Di Gaza Cecah 36,550 Orang

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad