web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


336,848 Warga Emas Dijangkiti COVID-19, Lebih 19,000 Maut

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2022 3:56PM

Warga emas dinasihatkan supaya melengkapkan vaksinasi dan mengambil dos penggalak bagi mengelak risiko jangkitan serius. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kira-kira 11.5 peratus atau bersamaan 336,848 warga emas di negara ini dijangkiti COVID-19 sehingga 7 Februari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kematian membabitkan golongan itu adalah sebanyak 61.3 peratus atau 19,646 kes daripada keseluruhan kes direkodkan bagi tempoh yang sama.

“Bagi vaksinasi pula, seramai 2,258,521 atau 67.7 peratus warga emas sudah menerima suntikan dos penggalak mereka, manakala 3,335,309 atau 96 peratus daripada golongan itu telah lengkap dua dos vaksinasi COVID-19,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Justeru beliau menggesa golongan tersebut supaya melengkapkan vaksinasi dan mengambil dos penggalak bagi mengelak risiko jangkitan serius.

“Lindungi warga emas daripada jangkitan COVID-19. Lengkapkan vaksinasi dan dos penggalak,” katanya.

Setakat tengah malam tadi, sebanyak 21 kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan di negara ini.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, sembilan kematian berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 32,201 dengan 6,523 daripadanya adalah kes BID.

Dalam pada itu, sebanyak 164,572 dos vaksin diberikan semalam, iaitu 117,684 dos penggalak, 45,251 dos pertama dan 1,637 dos lengkap.

Setakat ini, kira-kira 25,737,748 atau 78.8 peratus penduduk di negara ini sudah lengkap divaksinasi dengan 22,940,521 membabitkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas. - Getaran, 17 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Akauntan Rugi Lebih RM2.2 juta Diperdaya Sindiket Pelaburan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Berhati-Hati Dengan Analisa Fakta, Salah Tafsir Vaksin COVID-19 - Dr Noor Hisham

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 36 minit yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad