web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jururawat Nafi Suntik ‘Vaksin Angin’ Ke Lengan Anak Khairy

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2022 5:04PM

Raif menerima suntikan vaksin sempena program PICKids.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jururawat yang memberi imunisasi COVID-19 kepada anak Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, menyangkal dakwaan kononnya beliau hanya menyuntik angin ke lengan kanak-kanak berusia enam tahun itu.

Beliau turut menafikan membuang cecair vaksin jenis Comirnaty itu terlebih dahulu.

Menerusi kenyataannya yang dimuat naik di media sosial Kementerian Kesihatan (KKM), jururawat berkenaan memohon orang ramai tidak membuat berita dan andaian palsu mengenai suntikan diterima Raif.

“Tolong, tolong, tolong, jika anda tidak tahu jangan buat andaian dan jangan tuduh kerana ini melibatkan kehidupan orang.

“Jika perkara ini jadi kepada diri anda, apa yang anda rasakan? Tidak selesa, sakit hati dan geram,” katanya.

Pada masa sama, beliau memaklumkan hanya menjalankan tugas sebaik mungkin untuk memastikan proses suntikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) berjalan lancar, seterusnya memberi keselesaan kepada kanak-kanak disuntiknya.

“Saya tidak mahu menjadikan perkara ini sesuatu yang memberi trauma mereka.

“Kalau anda tidak mahu ambil vaksin COVID-19 tidak mengapa, tetapi jangan tuduh orang secara tidak berasas seperti itu,” katanya menerusi rakaman video berdurasi empat minit tiga saat.

Menurut jururawat yang enggan namanya didedahkan itu, beliau melaksanakan proses suntikan berkenaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan protokol ditetapkan.

Ujarnya, proses suntikan vaksin diberikan kepada anak bongsu Khairy itu adalah sama seperti diterima kanak-kanak lain.

Katanya, sebelum suntikan dibuat kepada Raif, beliau terlebih dahulu menunjukkan cara mengeluarkan cecair vaksin dari bebuli, termasuk isipadu ditetapkan kepada Khairy dan isterinya, Nori Abdullah.

“Ia (keadaan) seperti situasi menang-menang, iaitu saya boleh suntik dia dengan baik dan dia juga tidak takut dengan saya.

“Demi Allah saya tidak ada langsung keluarkan apa-apa (cecair) atau vaksin tidak masuk ke dalam badan kanak-kanak itu,” tegasnya.

Mengulas lanjut, jururawat itu berkata, cecair vaksin dimasukkan ke dalam picagari tidak boleh menitis keluar selagi beliau tidak menolak omboh dan ia perlu dilakukan dengan dua tangan.

“SOP untuk menyuntik vaksin juga memerlukan saya menarik sedikit udara sebaik jarum ditusuk ke lengan untuk memastikan ia tidak terkena saluran darah, sebelum vaksin disuntik masuk,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 10 saat di media sosial memaparkan Raif yang menerima imunisasi dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) kelmarin, didakwa disuntik ‘vaksin angin’.

Kapsen di video itu mengatakan bahawa cecair vaksin itu dibuang terlebih dahulu sebelum disuntik ke lengan Raif.

Susulan dakwaan itu, Khairy tampil membidas dengan menyifatkan ia sebagai fitnah dan memberi amaran kepada golongan anti vaksin agar tidak menganggu ibu bapa yang mahu mendapatkan imunisasi COVID-19 untuk anak mereka.

“Liputan dan pendaftaran #PICKids semakin meningkat. Alhamdulillah ibu bapa mahu memberi perlindungan kepada anak. Walaupun ada yang sebar fitnah anak saya dicucuk angin, semakin ramai ibu bapa yakin dengan vaksin.

“Jangan kacau orang lain yang nak vaksinkan anak mereka,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter. - Getaran, 16 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sekali Lagi Difitnah Ada Kaitan Dengan Raja Dadah India, Abdul Malik Buat Laporan Polis

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad