web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dr Mahathir Ajak Rakyat Johor Sekat Rancangan Kluster Mahkamah, Kleptokrat UMNO

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2022 8:55PM

Dr Mahathir Mohamad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan memberi impak besar kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan tidak boleh diambil ringan.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan, beliau menyedari terdapat pengundi yang beranggapan PRN Johor tidak akan memberi sebarang kesan walau diterajui oleh sesiapa pun.

“Undi saudara dan saudari akan menentukan parti mana yang akan menerajui kerajaan Johor dan  amatlah penting pilihan yang dibuat.

“Selain memberi kebaikan kepada rakyat, ia juga tidak akan merugikan bangsa, agama dan tanah air,” katanya menerusi surat kepada pengundi Johor yang dikongsi di Facebook miliknya, hari ini.

Menurut mantan Perdana Menteri itu, PRN Johor sebenarnya dirancang kumpulan kluster mahkamah dan kleptokrat UMNO untuk memperkukuhkan kedudukan sebagai langkah awal sebelum PRU-15.

Malah katanya, kumpulan tersebut akan menggunakan kedudukan mereka untuk menyelesai kes-kes salah guna kuasa, pencurian wang dan harta rakyat apabila memenangi PRN Johor kelak.

“Ada pengundi yang berkata bahawa kumpulan kluster mahkamah dan kleptokrat tidak bertanding pada PRN Johor. 

“Memang benar tetapi mereka yang bertanding atas tiket UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberi kekuatan kepada kumpulan tersebut,” katanya.

Susulan itu beliau berkata, PEJUANG menyertai PRN Johor untuk menyekat kumpulan tersebut mencapai perancangan mereka.

“Rakyat Johor telah menolak calon UMNO dan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) 2018 kerana mereka tidak mahu bertindak dan mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melepaskan jawatan.

“Kali ini, mereka masih lagi mempertahankan kleptokrat. Saya pasti pengundi Johor akan bersama PEJUANG untuk menyekat perancangan mereka,” katanya.

Terdahulu, Presiden PEJUANG Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, 42 calon yang bertanding pada PRN Johor akan diperkenalkan dua hari sebelum penamaan calon 26 Februari nanti.

Katanya, langkah itu bagi membolehkan semua 42 calon PEJUANG memperkenalkan diri secara rasmi kepada pengundi.

"Senarai 42 calon PEJUANG sedang dimuktamadkan ketika ini dengan acara memperkenalkan semua mereka akan dibuat dua hari sebelum penamaan calon.

"PEJUANG akan menampilkan calon yang bersih, cekap dan amanah,” katanya.

Beliau berkata, semua 42 calon PEJUANG akan menjalani ujian psikometrik bagi menunjukkan kesungguhan untuk menampilkan calon terbaik dan berintegriti. - Getaran, 15 Februari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 minit yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad