web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hishammuddin Perlu Lepaskan Jawatan - Hannah Yeoh

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2022 4:13PM

Hishammuddin Tun Hussein - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein didesak agar melepaskan jawatan disandangnya selepas didapati bersalah melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dalam satu majlis di Johor, semalam.

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata, Hishammuddin juga perlu melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19.

Menurut beliau, perbuatan seperti itu tidak boleh dimaafkan, apatah lagi beliau adalah individu yang bertanggungjawab mengurus dan mengumumkan SOP COVID-19.

“Ini adalah kegagalan kepimpinan yang serius dan Hishammuddin mesti meletak jawatan atau digugurkan sebagai Menteri Kanan.

“Saya berpendapat, Hishammuddin tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan dan mengumumkan SOP COVID-19 di peringkat kebangsaan lagi,” katanya.

Hannah turut mempersoalkan bagaimana rakyat boleh mempercayai Hishammuddin untuk memutuskan SOP selepas ini.

Semalam, Ahli Parlimen Semberong itu dilihat dalam sebuah video bergaul dengan khalayak ramai tanpa mematuhi SOP COVID-19 semasa pelancaran Briged MIC Johor di Kota Iskandar semalam.

Susulan perbuatan itu, beliau dikenakan kompaun, selaras arahan dikeluarkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau dalam satu kenyataan ringkas yang dimuat naik di Twitter juga secara terbuka mengakui kesalahannya itu.

"Tiada siapa siapa melebihi undang-undang, termasuk saya. Ini menjadi pengajaran buat kita semua," jelasnya ringkas.

Turut dikenakan tindakan ialah Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Hasni Mohammad, yang juga Menteri Besar Johor. - Getaran, 14 Februari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad