web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Naikkan Harga Ayam, Tampung Peningkatan Kos Operasi 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2022 3:20PM

Penternak ayam meminta kerajaan mencari langkah terbaik bagi memastikan mereka tidak mengalami kerugian.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengusaha ladang ternakan ayam menggesa agar harga ayam dinaikkan bagi menampung kos operasi yang semakin meningkat. 

Menurut pemilik Ladang ArisProp Holding Sdn Bhd , Datuk Haris Ambong, semua penternak ayam mengalami kerugian ratusan ribu ringgit sejak pandemik COVID-19 mula menular di Malaysia, Mac dua tahun lalu.

“Kerajaan perlu mencari formula terbaik melaksanakan subsidi agar penternak tidak terus menanggung kerugian serta mewujudkan situasi menang-menang.

"Saya sendiri menanggung kerugian ratusan ribu ringgit dan terpaksa mengurangkan pengeluaran ayam kerana tidak mahu terus menanggung kos yang tinggi," katanya ketika dihubungi Getaran.

Haris Ambong
Haris Ambong

Beliau berkata, peningkatan kos makanan ayam seperti jagung dan kacang soya di peringkat pengeluaran makanan itu menjadi punca kenaikan harga ayam secara mendadak.

“Sekiranya harga ayam dinaikan sekurang-kurangnya 20 sen, ia sedikit sebanyak dapat menampung kos penjagaan serta operasi ayam yang semakin melambung.

“Ramai tidak tahu, sebenarnya kos operasi ayam ini tinggi. Makanan atau dedak yang diberikan kepada ayam ternakan ini kebanyakan atau 80 peratus diambil dari luar negara, jadi ketika pandemik, kami terputus bekalan makanan untuk ayam ternakan menyebabkan kos melambung tinggi," katanya.

Haris memberitahu, bekalan ayam dari ladangnya banyak dihantar kepada pengusaha restoran, namun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan banyak premis seumpama itu terpaksa ditutup.

"Keadaan ini mengakibatkan penternak ladang terpaksa menanggung kos pengoperasian tanpa ada pembeli dan dari situ sahaja, kami sudah berdepan kerugian,” katanya lagi.

Beliau turut menyangkal dakwaan kononnya penternak sengaja menyimpan stok ayam, sedangkan realiti sebenar yang dihadapi ialah ramai antara mereka mengalami kerugian sehingga terpaksa menghentikan operasi ladang.

“Jika kerajaan terus menurunkan harga ayam sedangkan kami penternak mengalami kerugian, akhirnya isu bekalan ayam masih tidak dapat diselesaikan.

“Bayangkan jika kami terpaksa menanggung lebih RM1.50 ke RM1.80 untuk seekor ayam, dan akhirnya semua penternak ayam mengalami kerugian kerana terpaksa mengeluarkan duit simpanan masing-masing,” katanya lagi.

Ladang ternakan ayam milik ArisProp Holding Sdn Bhd di Banting.
Ladang ternakan ayam milik ArisProp Holding Sdn Bhd di Banting.

Haris berkata, kemelut ayam ketika ini semakin memburuk dengan masalah kekurangan bekalan ayam sepanjang musim perayaan, termasuk ketika Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut nanti.

"Pengurangan sebanyak 20 sen kepada RM8.90 bagi seekor ayam standard seperti diumumkan kerajaan adalah tidak sesuai dalam keadaan harga input meningkatkan kos operasi," katanya.

Terdahulu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menetapkan harga siling runcit ayam standard kepada RM8.90 sekilogram di Semenanjung bermula Sabtu ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia akan bermula setelah berakhirnya Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) pada Jumaat nanti.

Menurutnya, harga tersebut akan kekal sehingga 5 Jun 2022 iaitu selama 121 hari bagi menjamin kestabilan harga ayam dan juga makanan lain yang berkaitan.

Alexander berkata, harga runcit itu  merupakan penurunan kali ketiga selepas  RM9.50 yang ditetapkan semasa perayaan Deepavali, RM9.30 ketika SHMKM dari 7-31 Disember 2021 serta RM9.10 semasa SHMKM dari 1 Januari hingga 4 Februari lalu. - Getaran, 14 Februari 2022.

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran