web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


CAAM Pantau Syarikat Penerbangan Terhadap Keselamatan - Ka Siong

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2022 7:42AM

Tangkap layar daripada video media sosial menunjukkan seekor ular dalam pesawat penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Tawau pada 10 Februari.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan terus memantau situasi pengurusan syarikat penerbangan bagi memastikan segala mitigasi risiko terhadap keselamatan dalam penerbangan diuruskan dengan sewajarnya.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam satu hantaran Facebooknya berkata CAAM tidak akan berkompromi dalam sebarang isu yang boleh menjejaskan keselamatan operasi syarikat penerbangan.

Ka Siong berkata demikian sebagai merujuk kepada laporan insiden penemuan seekor ular di dalam pesawat penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah pada 10 Februari lepas sehingga menyebabkan pesawat berkenaan terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak.

“Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah berhubung rapat dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia mengenai perkara ini, dan pengawal selia keselamatan serta teknikal telah menguruskan hal ini dengan baik bersama syarikat penerbangan berkenaan mengikut semua prosedur dan peraturan keselamatan,” katanya.

Menurut Ka Siong dalam kejadian itu, pesawat AirAsia berkenaan telah selamat dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak mengikut prosedur keselamatan yang diperlukan.

Katanya setiap syarikat penerbangan perlu mematuhi semakan prapenerbangan yang ketat sebagai sebahagian daripada keperluan dan prosedur operasi standard. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 tahun yang lalu

Vietjet Luaskan Penerbangan Ke Destinasi Pantai Popular Di Vietnam, Promosi Tiket Setiap Jumaat

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Penumpang Teruja Juruterbang Pasang Lagu 'Bey Sobar Bey'

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

 Alamak, ‘Aircond’ AirAsia Lupa ‘Service’ Ke Tu?

4

Jelajah 2 tahun yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 19 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar