web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Pesakit COVID-19 Kategori 4 Dan 5 Di Hospital Swasta - APHM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2022 1:47PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada kemasukan pesakit COVID-19 dalam kategori empat dan lima ke hospital swasta direkodkan sejak dua hingga tiga bulan lalu walaupun jangkitan baharu virus berkenaan melonjak melepasi 20,000.

Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Datuk Dr Kuljit Singh berkata, senario itu jauh berbeza dengan situasi melatari negara Ogos tahun lalu, apabila wad COVID-19 termasuk di Unit Rawatan Rapi (ICU) milik majoriti hospital swasta dipenuhi pesakit.

“Pada ketika itu, pesakit yang bersedia untuk menampung sepenuhnya kos rawatan di hospital swasta terpaksa ditolak, dan dipindahkan ke kemudahan kerajaan yang juga telah mencecah kapasiti maksimum.

“Ia amat berbeza berbanding sekarang, yang membabitkan kemasukan pesakit COVID-19 dalam kategori satu dan dua di hospital swasta.

“Kebanyakannya adalah atas permintaan pesakit untuk menjalani pengasingan dengan semuanya menggunakan pembiayaan sendiri,” katanya hari ini.

Menurut beliau, kadar kebolehjangkitan varian Omicron adalah tinggi tetapi kesan jangkitan varian tersebut lebih ringan dan tidak berbahaya.

“Antara sebab lain ialah peratusan tinggi populasi lengkap imunisasi dan dos penggalak yang terbukti dapat membantu mengurangkan tahap atau kesan jangkitan,” katanya.

Dr Kuljit turut menasihatkan orang ramai supaya selalu berwaspada dan melakukan pemantauan kendiri terlebih dahulu.

“Ketika ini, banyak negara sedang menuju fasa endemik dan Malaysia juga harus membuat persediaan ke arah itu.

“Bilangan katil di hospital swasta dianggarkan berjumlah 16,50 bagi membantu kerajaan pada bila-bila masa diperlukan untuk menerima pesakit, termasuk bukan COVID-19, berdasarkan kapasiti serta keupayaan masing-masing,” ujarnya. - Getaran, 12 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Hospital Seri Botani Tawar Perkhidmatan Pada Harga Berpatutan

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Ubat Antiviral Paxlovid Diperluas Ke Hospital, Klinik Swasta Dan Hospital Pengajar

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Hospital Swasta Sedia Bantu Selesai Pembedahan Dan Prosedur Perubatan Tertangguh

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad