web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mahkamah Tolak Bantahan Awal SPR Terhadap Petisyen Pilihan Raya Sungai Udang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2022 3:13PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak bantahan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan dua lagi terhadap petisyen pilihan raya yang difailkan calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad yang tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November tahun lepas.

Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan kes itu wajar dibicarakan demi kepentingan awam.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Mohamad Ali memberitahu pemberita bahawa mahkamah menetapkan 24 Mac hingga 31 April ini untuk mendengar petisyen pilihan raya tersebut.

“Sebagai pempetisyen, pihak kami menyediakan lebih 30 orang saksi, responden kedua dan ketiga akan membawa lima orang saksi manakala tiga saksi dari responden pertama,” katanya selepas prosiding itu di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini.

Pada 14 Disember lepas, Mohamad Ali, 57, memfailkan petisyen itu bagi membatalkan kemenangan Dr Mohd Aleef Yusof, 35, atas dakwaan terdapat unsur rasuah pada PRN di kawasan tersebut.

Beliau menamakan Dr Mohd Aleef, yang menang dengan majoriti 530 undi dalam pertembungan empat penjuru, Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi DUN Sungai Udang dan SPR sebagai responden pertama hingga ketiga.

Ketiga-tiga responden kemudiannya mengemukakan  bantahan awal terhadap petisyen pilihan raya itu.

Dalam petisyennya, Mohamad Ali yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu memohon perintah mahkamah supaya kemenangan Dr Mohd Aleef itu dibatalkan dan pilihan raya kecil diadakan di kerusi Sungai Udang.

Petisyen itu difailkan atas beberapa alasan termasuk wujudnya unsur rasuah dan pelanggaran Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 6 hari yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 6 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad