web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Dakwa Lihat Kumpulan Bersenjata Masuk Sabah Dipenjara 6 Bulan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2022 8:47PM

Seorang lelaki warga asing dipenjara 6 bulan selepas mengaku salah memberi maklumat palsu berkaitan kemasukan kumpulan bersenjata ke Long Patau, Tambisan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Seorang warga asing dipenjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret sini atas tuduhan memberi maklumat palsu berkaitan kemasukan kumpulan bersenjata ke Long Patau, Tambisan, baru-baru ini.

Tertuduh berusia 42 tahun itu membuat pengakuan terbabit di hadapan Majistret Ryan Sagiran Rayner.

Lelaki berkenaan didakwa di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberikan maklumat palsu dengan niat menyebabkan penjawat awam menggunakan kuasa sah di sisi undang-undang yang mendatangkan bencana kepada seseorang lain.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh untuk dirujuk ke Jabatan Imigresen (JIM) untuk tindakan susulan selepas dia selesai menjalani hukuman penjara.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia membuat laporan polis pada 3 Februari lalu kononnya ternampak sekumpulan 13 individu memakai pakaian celoreng dan membawa senjata menyusup masuk ke Long Patau, Tambisan.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah, tertuduh ditahan pagi ini kerana didapati memberikan maklumat tidak benar kepada pasukan keselamatan.

“Tertuduh memberitahu berkenaan penyusupan masuk sekumpulan lelaki warganegara asing berpakaian celoreng dan bersenjata api mendarat serta masuk ke Sabah.

“Tindakan tertuduh menyebabkan situasi panik dalam kalangan orang awam,” katanya menerusi kenyataan.

Pada 3 Februari lalu, sebuah portal melaporkan bahawa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menyiasat dakwaan lebih 10 lelaki bersenjata didakwa menyusup masuk ke Sabah melalui perairan Tambisan.

Bagaimanapun, pada 5 Februari lalu, Idris mengesahkan bahawa dakwaan tersebut tidak benar dan direka untuk menarik perhatian pasukan keselamatan. – Getaran, 9 Februari 2022
 

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad