web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kehabisan RTK Antigen Di Tawau, Orang Ramai Pening Kepala

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2022 8:38PM

Penguatkuasaan melakukan pemeriksaan di premis menjual RTK Antigen bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan sedia ada.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Ketiadaan bekalan kit ujian saringan kendiri (RTK Antigen) COVID-19 di daerah ini sejak beberapa hari lalu, menjadi topik hangat diperkatakan orang ramai selepas mereka gagal mendapatkan barangan itu di pasaran.

Menurut pekerja swasta, Sukardi Mashuri, 44, dia mula menyedari kekurangan stok itu sejak akhir bulan lalu dan keadaan terbabit semakin meruncing awal minggu ini.

“Sejak minggu lalu, saya mengunjungi beberapa premis, termasuk farmasi utama untuk mendapatkan kit ujian saringan kendiri berkenaan.

“Bagaimanapun, saya dimaklumkan oleh pekerja di situ bahawa premis kehabisan stok barangan tersebut dan sedang menunggu tempahan baharu tiba,” katanya.

Sukardi Mashuri
Sukardi Mashuri

Sukardi berkata, dia mahu mendapatkan RTK Antigen untuk menjalani ujian kendiri di rumah kerana dianggap lebih praktikal berbanding melakukannya di klinik atau hospital.

Senada mengenai masalah ketiadaan alat itu, Niena Sihan, 29, mengatakan dia terpaksa membuat tempahan RTK Antigen di farmasi bagi mendapatkan bekalannya.

“Kenaikan kes terutama membabitkan kluster pendidikan cukup membimbangkan, menyebabkan ramai ibu bapa perlu menjalankan saringan sendiri di rumah.

“Bagaimanapun, kami tidak dapat berbuat demikian kerana ketiadaan kit ujian kendiri di pasaran sekitar Tawau,” katanya.

Justeru, Niena berharap agar kerajaan memantau bekalan barangan itu bagi memastikan tidak ada pihak yang mengambil kesempatan atas keperluan penduduk untuk membelinya, demi mengaut keuntungan.

Kit ujian saringan RTK Antigen kini sukar diperolehi di farmasi di Tawau.
Kit ujian saringan RTK Antigen kini sukar diperolehi di farmasi di Tawau.

Manakala, Tinjauan Getaran di beberapa premis, termasuk farmasi utama di daerah ini turut mendapati rak jualan barangan tersebut kosong dan dimaklumkan tiada stok baharu diterima.

Getaran difahamkan beberapa klinik swasta menghentikan penjualan RTK Antigen selepas stok bekalannya semakin berkurangan, selain pertambahan bilangan pesakit yang mahu menjalani saringan.

Sementara itu, Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Tawau, Sam Aminudin ketika dihubungi mengesahkan berlaku kekurangan bekalan barangan tersebut di pasaran.

“Antara faktor penyebab adalah peniaga tidak menyimpan banyak bekalan kit menerusi tempahan sebelum ini.

“Selain itu, ada individu membeli kit ujian saringan kendiri dalam jumlah banyak sempena sambutan Tahun Baharu Cina, baru-baru ini untuk melakukan saringan awal kepada tetamu yang mengunjungi kediaman mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, Sam berkata, berdasarkan pemeriksaan KPDNHEP di semua 78 premis sekitar Tawau bermula 1 Januari lalu sehingga semalam, tiada aktiviti menyembunyi barangan terkawal itu dilakukan.

“Semua premis berkenaan menjual RTK Antigen pada harga kawalan, namun mereka kehabisan bekalan disebabkan perkara saya sebutkan tadi.

“Bagaimanapun, keadaan dijangka pulih secara berperingkat selewat-lewatnya minggu depan,” katanya. – Getaran, 9 Februari 2022
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad