web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pembukaan Semula Sempadan Bolehkan Pelancong Perubatan Kembali Ke Malaysia - APHM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2022 1:58PM

APHM mengalu-alukan pembukaan sempadan bagi membolehkan sektor pelancongan perubatan kembali pulih. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembukaan semula sepenuhnya sempadan negara akan membolehkan pelancong perubatan kembali ke Malaysia untuk menjalani rawatan di hospital yang terhenti sejak awal 2020, kata Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Datuk Dr Kuljit Singh.

Sambil mengalu-alukan saranan Majlis Pemulihan Negara (MPN) agar sempadan negara dibuka sepenuhnya mulai 1 Mac tanpa keperluan kuarantin, beliau berkata langkah itu juga akan membantu memulihkan sektor pelancongan perubatan yang telah menjana sebanyak RM1.7 bilion kepada negara pada 2019.

Katanya, persatuan itu mempunyai 151 hospital sebagai ahli di seluruh negara dan majoriti daripada hospital berkenaan merawat pelancong perubatan, terutama dari negara jiran.

“Bagaimanapun, hospital swasta akan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan mengenai saringan pelancong perubatan sebelum menerima pelancong perubatan sebagai pesakit.

“Kami hanya menerima pelancong perubatan yang divaksin sepenuhnya dengan dos penggalak (sebaik-baiknya) supaya kurang risiko bagi mereka mengalami sakit teruk sekiranya terdapat jangkitan COVID-19 semasa menjalani rawatan dan seterusnya melindungi penyedia penjagaan kesihatan tempatan kita," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Pengerusi MPN Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan kepada kerajaan supaya sempadan negara dibuka seawal 1 Mac ini, tanpa keperluan kuarantin wajib.

Dalam pada itu, Dr Kuljit berkata hospital swasta di negara ini bersedia menerima pesakit dari hospital awam sekiranya berlaku lonjakan kes pesakit Omicron di fasiliti kerajaan.

Beliau berkata semasa kemuncak kes COVID-19 varian Delta tahun lepas, 113 hospital swasta menerima pesakit dari 49 hospital Kementerian Kesihatan.

“Kami yakin untuk meneruskan sokongan kepada kerajaan untuk meringankan beban seperti yang disarankan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam ucapannya pada 7 Feb lalu. Hospital swasta telah dimasukkan dalam Pasukan Petugas Bertindak Pantas COVID-19 (RRTF) Kebangsaan untuk memudahkan proses ini," tambahnya.

Dr Kuljit APHM juga menggesa orang ramai agar segera mendapatkan dos penggalak mereka.

“Ia terbukti di seluruh dunia, vaksinasi lengkap dengan dos penggalak telah mengurangkan kesan lebih teruk wabak dan membantu menggalakkan pemulihan ekonomi dengan pembukaan sempadan antarabangsa,” tambahnya. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 16 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad