web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bayi Maut, Disyaki Ditikam Ibu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2022 9:19PM

Gambar hiasan dari Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Seorang bayi lelaki yang baharu sahaja dilahirkan, ditemukan meninggal dunia dengan kesan kecederaan di dada, dipercayai akibat ditikam dengan objek tajam, di sebuah rumah di Felcra Seri Bandi, Chukai di Kemaman pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata pihaknya menerima laporan kira-kira 10 pagi tadi berhubung kejadian itu.

Katanya bayi itu dilahirkan oleh seorang remaja berusia 15 tahun di rumahnya, dipercayai dengan bantuan seorang rakan, yang kemudiannya bergegas untuk memaklumkan kelahiran bayi itu kepada klinik berdekatan, meninggalkan remaja itu dengan bayinya.

"Namun apabila petugas klinik sampai di rumah remaja itu, mereka ternampak bayi itu mengalami pendarahan dengan kesan kecederaan di dada," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata bayi itu kemudiannya dibawa ke klinik yang terletak kurang 100 meter dari rumah berkenaan dan diberikan bantuan kecemasan, namun disahkan telah meninggal dunia.

"Siasatan awal polis di rumah remaja itu menemukan beberapa peralatan tajam dengan kesan darah. Ketika kejadian, ibu kepada remaja itu tiada di rumah kerana bekerja di Chukai," katanya.

Hanyan berkata remaja berkenaan juga sudah tidak bersekolah dan dikatakan hanya tinggal bersama ibunya di rumah itu selepas bapanya meninggal dunia.

Beliau berkata mayat bayi itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk dibedah siasat, manakala remaja berkenaan turut mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 20 minit yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran