web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perjanjian NCA, SPRM Perlu Siasat Dengan Telus

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2022 5:48PM

Loretto (tengah) ketika hadir membuat aduan di pejabat SPRM Kota Kinabalu, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) digesa melakukan siasatan menyeluruh mengenai kontroversi Perjanjian Alam Semula Jadi (NCA) di negeri ini.

Setiausaha Agung Parti Warisan (WARISAN), Datuk Loretto S Padua berkata, pihaknya sudah membuat laporan di pejabat SPRM semalam kerana mahu siasatan telus dan terperinci mengenai perjanjian membabitkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan syarikat asing, Hoch Standard Pte Ltd.

"Saya berpendapat perjanjian NCA antara GRS dengan syarikat asing itu ditandatangani secara senyap, memandangkan ia tidak pernah diumumkan kepada awam sebelum ini.

"Tidak ada juga penjelasan secara terperinci mengenai perjanjian tersebut sehingga ia ditandatangani," katanya.

Loretto S Padua
Loretto S Padua

Isu tersebut hanya diketahui umum selepas 10 hari perjanjian itu dimeterai menerusi Mongabay, sebuah portal antarabangsa berpusat di Amerika Syarikat yang memantau isu perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar dunia.

Menurut Loretto, beliau mengambil keputusan membuat laporan di pejabat SPRM, di sini atas dasar kesedaran sebagai warganegara dan penduduk Sabah.

"Saya berada di sana selama dua jam untuk merekodkan aduan dan kenyataan berhubung NCA.

"Terdapat banyak kemusykilan dan keraguan terhadap perjanjian tersebut termasuk pelantikan syarikat asing berkenaan yang langsung tiada pengalaman perniagaan dalam bidang karbon kredit, serta beberapa pihak berkaitan seperti didakwa dalam laporan media Al Jazeera, pada 2 Februari lalu," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy ketika dihubungi, mengesahkan ada menerima aduan berhubung NCA.

Semalam, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata,  perjanjian NSA itu dimeterai bagi mengelakkan perniagaan karbon kredit jatuh ke tangan kerajaan Persekutuan.

"Dalam mesyuarat berkaitan iklim itu, kerajaan Persekutuan merancang menubuhkan satu pusat atau badan bagi menyelia perdagangan karbon negara.

"Saya melihat perkara ini akan merugikan Sabah yang bakal hilang hak perdagangan karbon seperti mana hasil minyak dan gas," katanya. – Getaran, 8 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 9 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi