web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kebajikan Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital Terbela

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2022 5:18PM

Khairy menerima memorandum daripada Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia di Putrajaya, hari ini. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan akan memastikan kebajikan pekerja swasta perkhidmatan sokongan di hospital kerajaan terbela kerana mereka juga adalah petugas barisan hadapan dalam memerangi pandemik COVID-19 di negara ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. 

Beliau berkata meskipun pekerja swasta itu di bawah tanggungjawab syarikat konsesi masing-masing, kebajikan mereka tetap tanggungjawab Kementerian Kesihatan (KKM). 

“Saya beri komitmen dan akan usahakan kebajikan mereka (pekerja sokongan) ini kerana mereka juga frontliner (petugas barisan hadapan) yang membantu negara.

“Pekerja sokongan ini banyak bantu (KKM) mengurus pandemik COVID-19, jangan pandang rendah perjuangan mereka,” katanya selepas menerima memorandum daripada Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia di sini hari ini.

Roziah Mohd Hashim
Roziah Mohd Hashim

Memorandum itu diserahkan oleh Pengerusinya Roziah Mohd Hashim, yang antara lain menuntut elaun COVID-19 diberikan kepada semua pekerja sokongan di hospital kerajaan dan menghapuskan sistem kontrak.

Khairy berkata tuntutan dalam memorandum tersebut akan diteliti secara komprehensif dan beliau akan mengadakan pertemuan dengan syarikat konsesi bagi memahami dengan lebih mendalam isu yang dibangkitkan oleh kesatuan.

Sementara itu, Roziah melahirkan rasa syukur kerana Khairy menyatakan komitmennya untuk meneliti segala tuntutan yang dibuat oleh kesatuan. 

“Saya berterima kasih kepada menteri kerana sudi luangkan masa mendengar isu berkaitan pekerja perkhidmatan sokongan di hospital kerajaan,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 15 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 11 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad