web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengeluar Telur, Penternak Ayam Mungkin Gulung Tikar Jika Tiada Subsidi - FLFAM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2022 9:08PM

Lee Yoon memeriksa bekalan telur ayam di sebuah ladang di Masjid Tanah, Melaka hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Pengeluar telur dan penternak ayam di negara ini berdepan kemungkinan gulung tikar sekiranya tiada subsidi dedak diberikan kepada mereka dalam tempoh terdekat.

Timbalan Pengerusi Gabungan Persatuan Peladang Ternakan Malaysia (FLFAM), Lee Yoon berkata, sehingga kini kira-kira 1,500 penternak ayam di seluruh negara masih belum menerima subsidi bagi membantu mereka menampung kos pengeluaran.

Menurut beliau, mereka terpaksa menanggung kerugian antara 10 hingga 12 sen untuk sebiji telur sejak tahun lalu, melibatkan jumlah keseluruhan kira-kira RM3 juta.

"Semua harga bahan untuk buat dedak seperti jagung dan kacang soya naik lebih 50 peratus dan purata kos untuk setiap telur ayam mencecah 36 sen sebiji.

"Saya faham kerajaan hendak jaga rakyat tetapi kita harap pihak berkuasa secepat mungkin boleh berikan subsidi untuk kami menampung kos pengeluaran," katanya.

Katanya, mereka masih belum menerima sebarang maklum balas walaupun perjumpaan sudah dibuat bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

"Kita juga minta kerajaan mmbenarkan harga jualan ditetapkan antara 40 hingga 42 sen sebiji," katanya.

Mengulas lanjut, Yoon Yeau berkata, dia tidak menolak kemungkinan kekurangan telur akan berlanjutan sehingga Ramadan sekiranya keadaan ini berterusan.

"Mungkin kira-kira 10 peratus (dua hingga tiga juta) sehari akan berlaku pada Ramadan jika keadaan ini berterusan, bergantung kepada ladang.

“Subsidi yang diharapkan daripada kerajaan pada masa ini bukan disebabkan untuk keuntungan, sebaliknya bagi meneruskan kelangsungan pengeluaran telur serta ayam daging di pasaran,” katanya. – Getaran, 7 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Politik 1 minggu yang lalu

RUU 7 ADUN Lantikan Dilulus, DAP Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Melaka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Sanusi Dakwa Kenyataan Diputar Belit, Bakal Buat Laporan Polis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut: Mayat Ditemui Selepas Dicari Keluarga

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

oleh Sophia Ahmad