web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


GRS Gagal Jawab Tuduhan Media Asing

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2022 1:56PM

Perjanjian NCA membabitkan pajakan 100 tahun kawasan hutan Sabah kepada syarikat asing berpangkalan di Singapura.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Menteri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dilihat gagal menjawab tuduhan media asing berhubung kontroversi Perjanjian Pemuliharaan Alam Semula Jadi (NCA).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Rina Jainal berkata, menteri berkenaan lebih memilih untuk menuduh Presiden Parti WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berbohong mengenai isu tersebut.

Rina Jainal
Rina Jainal

“Berdasarkan laporan media Al Jazeera, banyak isu dikemukakan berhubung NCA yang disifatkan kontroversi.

“Ini termasuk latar belakang syarikat asing yang dilantik kerajaan Sabah untuk menjadi ‘orang tengah’ bagi mencari pembida penjualan karbon, selain mendapat pajakan 100 tahun terhadap dua juta hektar tanah hutan di negeri ini,” katanya.

Rina menegaskan, perkara itu tidak pernah dibawa GRS dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, sehinggalah ia ditimbulkan Ketua Pembangkang (Mohd Shafie) Disember lalu.

“Apa yang mengejutkan, Timbalan Ketua Menteri (Sabah) turut mengesahkan bahawa perjanjian NSA itu ditandatangani oleh Ketua Konservator Hutan Sabah, dengan beliau hanya sebagai saksi.

“Ia cukup mengejutkan sidang DUN kerana tugas memeterai perjanjian sebesar itu diberikan kepada pegawai kerajaan.

“Bagaimanapun, laporan Al Jazeera menyebut, pegawai berkenaan telah diberi ‘tekanan’ untuk menandatangani perjanjian berkenaan,” katanya.

Rina berkata, kegagalan menjawab tuduhan Al Jazeera itu memberi gambaran perjanjian NCA terbabit dibuat secara terburu-buru.

“Persidangan DUN lalu turut menyaksikan menteri berkaitan tidak menjawab soalan Ketua Pembangkang serta-merta sehingga ditegur beberapa kali oleh Speaker Dewan,” tegasnya.

Jeffrey Kitingan
Jeffrey Kitingan

Terdahulu, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan mendakwa, Mohd Shafie mengeluarkan kenyataan palsu berhubungan NCA dengan niat menimbulkan kekeliruan dan kemarahan rakyat.

Jeffrey menegaskan, perjanjian NCA adalah untuk memelihara hutan, yang membenarkan syarikat asing dari Singapura, Hoch Standart Pte Ltd memperdagangkan karbon dengan kadar keuntungan 70 peratus kepada Sabah.

Sarifuddin Hata
Sarifuddin Hata

Bagaimanapun, ADUN Merotai Sarifuddin Hata menjelaskan, pencarian mudah ke atas profil syarikat di Singapura menunjukkan Hoch Standart hanya memiliki modal berbayar AS$1,000, berbanding AS$10 juta seperti yang diberitahu Jeffrey dalam sidang DUN Sabah Disember lalu, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap pemilihan syarikat tersebut. - Getaran, 6 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 11 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad