Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Individu Tidak Disuntik Vaksin, Belum Dijangkiti Paling Berisiko ‘Diserang’ COVID-19

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2022 9:28PM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Individu belum menerima vaksin COVID-19 dan tidak pernah dijangkitinya berada dalam kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan virus ‘pembunuh’ itu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Justeru, beliau menasihatkan individu berkenaan segera mendaftarkan diri untuk mendapatkan suntikan imunisasi itu, sekali gus mampu melindungi diri dan orang tersayang daripada dijangkiti.

“Bagi yang sudah mendaftar, KKM (Kementerian Kesihatan) memohon agar anda hadir ke janji temu tersebut.

“KKM akan terus memantau perkembangan kes jangkitan di dalam dan luar negara melalui maklumat diperoleh daripada pihak WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia).

“KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan sewajarnya dilaksanakan secara berterusan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Nasihat itu dikeluarkan beliau susulan peningkatan kes positif COVID-19 di negara ini sejak varian Omnicron mula menular dalam kalangan komuniti setempat.

Dr Noor Hisham berkata, kes positif baharu COVID-19 yang direkodkan hari ini, menunjukkan lonjakan dengan 9,117 kes.

“Daripada jumlah keseluruhan kes harian dicatatkan, sebanyak 47 kes iaitu 0.5 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima, manakala selebihnya kategori satu dan dua.

“Nilai R Naught negara juga meningkat berbanding semalam apabila mencatatkan bacaan 1.13 dengan seluruh negara menunjukkan bacaan melebih 1.0,” katanya. - Getaran, 5 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

7

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

Tiada Kasino Akan Dibuka, Bakal Beroperasi Di Johor - MB

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Kedutaan AS Sangkal Kenyataan Gilley, Malaysia Selamat Untuk Dilawati

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tunggakan Gaji Bekas Kakitangan Kedah Agro Diselesaikan Secara Berperingkat

oleh Rafisqi Radhi