web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selangor Tetap Harga Siling Runcit Ayam Standard RM8 Sekilogram

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2022 8:04PM

Amirudin Shari (kiri) menunjukkan ayam yang dijual dengan harga murah iaitu RM8 sekilogram ketika jualan ayam murah di Wisma PKPS Seksyen 14, Shah Alam hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Program Intervensi Harga Makanan Ihsan yang dilaksanakan kerajaan Selangor bermula 7 Februari ini akan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM8 sekilogram.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, harga ayam itu boleh didapati di dua premis seliaan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), iaitu di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan dan Wisma PKPS, Shah Alam.

Katanya, program selama dua minggu itu dilancarkan sebagai langkah intervensi lonjakan harga barangan keperluan tertentu seperti ayam di pasaran.

“Untuk pusingan pertama, kita (kerajaan negeri) sasarkan untuk menjual 50,000 ekor ayam pada harga RM8 sekilogram, tetapi dengan syarat setiap pengguna hanya boleh mendapatkan dua ekor ayam sahaja pada satu masa bagi mengelakkan mereka mengambil kesempatan terhadap industri.

“Apa kita laksanakan untuk menetapkan harga ini adalah menawarkan pengurangan sewa tapak kepada peniaga supaya mereka kekal untung dan pembeli boleh mendapatkan bekalan itu pada harga munasabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Jualan Ayam Murah di sini, hari ini.

Amirudin memaklumkan, kos pengurangan sewa tapak itu akan ditanggung di bawah program sama yang memperuntukkan kos sebanyak RM1 juta.

Program itu, katanya, berkemungkinan akan dilanjutkan di lokaliti di Dewan Undangan Negeri (DUN) tertentu mengikut keperluan semasa.

“Kita mempunyai ladang ayam yang mampu menghasilkan 540,000 ekor bagi setiap pusingan (pengeluaran).

“Setiap pusingan adalah tiga bulan, jadi bagi setiap bulan, ladang ini boleh menghasilkan kira-kira 150,000 ekor ayam

“Tapi sebagai permulaan kita pasarkan 50,000 untuk program itu dan jika sambutan baik, kita cuba tambah bekalan serta menjualnya di tempat lebih besar,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu berkata, selain harga ayam, PKPS menawarkan harga sayur-sayuran dan telur lebih munasabah kepada rakyat di negeri berkenaan.

“Ini adalah inisiatif terkini kerajaan negeri dalam mendepani peningkatan harga barang dengan menawarkan harga jauh lebih murah daripada harga syiling ditetapkan kerajaan,” katanya. - Getaran, 5 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Selangor Sambut Baik Cadangan Lokasi Hospital Awam PJ - Amirudin

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 23 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 23 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad