web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sekolah Rekod 2 Kes COVID-19 Di Sabah Ditutup Seminggu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2022 3:12PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri memutuskan menutup operasi sekolah serta-merta selama seminggu sekiranya berlaku penularan kes jangkitan COVID-19 di institusi pendidikan itu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, langkah itu akan dilaksanakan jika terdapat sekurang-kurangnya dua individu positif COVID-19 membabitkan penularan dalaman.

Katanya, penutupan itu akan dibuat selepas Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengesahkan wujud jangkitan dalam kalangan pelajar, guru dan kakitangan sekolah.

“Tindakan ini diputuskan melalui Mesyuarat Pengurusan Bencana Negeri Sabah COVID-19 berikutan jumlah kluster pendidikan meningkat secara mendadak di negeri ini.

“Hanya pelajar akan menduduki peperiksaan utama dibenarkan pulang ke asrama (asrama penuh atau harian), bagi meneruskan sesi pembelajaran pada 7 Februari ini,” katanya hari ini.

Menurut Masidi yang juga jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, sejak 16 Januari lalu, sebanyak 17 kluster membabitkan jangkitan berkaitan institusi pendidikan direkodkan di negeri ini.

Tambahnya, daripada jumlah berkenaan, 15 kluster adalah berkaitan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM). - Getaran, 5 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad