web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4 Kluster Baharu COVID-19 Berkaitan Pendidikan Di Sabah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2022 9:01PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Empat kluster baharu COVID-19 berkaitan institusi pendidikan direkodkan di Sabah, hari ini.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan berkaitan institusi pendidikan mencecah 17 kluster sejak sesi persekolahan Penggal 3 Tahun 2021 dimulakan, bulan lalu.

“Empat kluster tersebut adalah Kluster Jalan Tandek dan Kluster Jalan Taman Beringin di Kota Marudu, Kluster Jalan Pendidikan (Ranau) serta Kluster Sungai Batang Batu 10 (Sandakan).

“Bagi Kluster Jalan Tandek, kes indeks adalah membabitkan seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek 1 berusia 15 tahun yang disahkan positif COVID-19 pada 17 Januari lalu,” katanya.

Tambah Masidi, hasil saringan dilakukan ke atas 34 pelajar lain di sekolah itu disahkan positif COVID-19.

“Kluster kedua membabitkan 25 pelajar dan kakitangan SMK Bandau selepas seorang daripada mereka disahkan positif jangkitan virus berkenaan ketika menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Queen Elizabeth II.

“Kluster ketiga membabitkan kes indeks pelajar lelaki Tingkatan Enam SMK Mat Salleh, Ranau yang disahkan positif selepas melakukan ujian saringan kendiri,” katanya.

Beliau berkata, hasil ujian saringan kontak rapat mendapati 24  pelajar sekolah itu disahkan positif COVID-19 yang menjadikan jumlah kumulatif di situ adalah 25 kes.

Sementara itu, kluster keempat membabitkan pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Mohammad Fuad Stephens, Sandakan.

Menurut Masidi, kes indeks membabitkan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang disahkan positif pada 25 Januari lalu.

“Hasil saringan kontak rapat dilakukan mendapati 49 yang lain positif COVID-19 membabitkan pelajar, guru dan ahli keluarga,” katanya. - 4 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan