web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Licik Curi Barangan Kemas RM45,000 Diberkas Polis

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2022 2:37PM

Rakaman CCTV memaparkan tindakan suspek yang berpura-pura mahu membeli barangan kemas sebelum melarikan perhiasan itu menaiki motosikal di Bandar Kulim, Kulim, Kedah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULIM - Berpura-pura mahu membeli rantai tangan dan rantai leher emas di dua premis di Bandar Kulim di sini, sebelum lesap bersama barangan terbabit yang dianggarkan bernilai RM45,000.

Itu modus operandi digunakan seorang lelaki berusia 44 tahun untuk mencuri dua utas rantai tangan dan seutas rantai leher, masing-masing di kedai emas di Taman Serai Wangi 2, Padang Serai serta Jalan Tunku Abidah pada 24 Januari dan 30 Januari lalu.

Bagaimanapun, ‘kebijaksanaannya’ itu memakan diri apabila dia ditahan sepasukan polis di depan sebuah kedai makan di Permatang Pauh, Pulau Pinang kira-kira jam 9 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan Sazalee Adam berkata, pihaknya percaya penahanan suspek yang bekerja sebagai pemandu lori itu berjaya membantu menyelesaikan kes kecurian berkenaan.

“Ketiga-tiga barangan kemas itu bernilai kira-kira RM45,000. Sebelum ini kami (polis) berjaya mengesan alamat rumah suspek lebih awal, namun dia dipercayai bersembunyi di sebuah hotel di Ipoh, Perak selepas melakukan jenayah terbabit.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu bertindak sendirian dan semakan mendapati dia tidak memiliki rekod jenayah lampau. Ujian air kencing terhadapnya turut negatif dadah,” katanya.

Sazalee berkata, kesemua barang kemas itu sudah digadai di Jalan Kelang Lama di Kulim serta Bandar Bukit Mertajam dan Seberang Jaya di Pulau Pinang.

“Menerusi hasil gadaian barangan kemas itu yang keseluruhannya dianggarkan seberat kira-kira 179 gram, suspek dipercayai memperolehi wang sebanyak RM39,000.

“Setakat ini suspek masih direman hingga 5 Februari depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya. - 4 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

2

Semasa 2 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

3

Semasa 3 hari yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 14 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar