web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Salah Guna Tanda Halal, Pemilik Restoran Didenda RM10,000

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2022 8:38PM

Tertuduh dibawa keluar mahkamah selepas didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - Tindakan pemilik sebuah premis makanan yang meletakkan perkataan ‘halal' pada menunya membawa padah apabila dia didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Hakim Nariman Badruddin, menjatuhkan hukuman itu terhadap Joanne To Mei Ting, 30, selepas wanita terbabit yang juga pemilik membuat pengakuan bersalah, sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memperakui bahawa lapan unit menu di premisnya adalah halal tanpa pengesahan dan kebenaran pihak berkuasa.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di premisnya di Jalan Kampung Pantai, kira-kira jam 6.30 petang, 5 Mac tahun lalu.

Joanne didakwa melakukan kesalahan di bawah Perenggan 8(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang boleh dihukum di bawah Perenggan 8(B) perintah sama.

Jika sabit kesalahan, wanita berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Syazwani Zawawi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat, selepas mengambil kira sensitiviti isu dan lokasi premis yang terletak di lokasi tumpuan pelancong.

Joanne bagaimanapun dalam rayuan memohon maaf dan merayu dikenakan hukuman ringan kerana perlu menanggung anak dan ibunya, malah perniagaan dijalankan juga terjejas akibat penularan pandemik COVID-19.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Nariman memerintahkan tertuduh didenda RM10,000 atau dikenakan penjara tiga bulan jika gagal membayar denda dikenakan.

Tertuduh membayar denda dikenakan. - Getaran, 3 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

2

Semasa 3 hari yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

3

Video & Galeri 3 hari yang lalu

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Semasa 4 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Sukan 15 jam yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

oleh Sophia Ahmad