web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kapasiti PPV WTCKL Ditambah Jika Permintaan Menggalakkan - Khairy

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2022 6:27PM

Seorang kanak-kanak menutup mata ketakutan sementara menerima suntikan vaksin di PPV WCTKL hari ini. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan bercadang untuk menambah kapasiti di Pusat Pemberian Vaksin (PPV)  Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bagi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids) sekiranya mendapat permintaan yang menggalakkan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, perkara tersebut masih dalam pemantauan dan akan dilaksanakan secepat mungkin sekiranya jumlah pendaftaran di WTC semakin tinggi.

“Di WTC ini kami telah membuka 200 slot dan saya lihat perjalanan pada hari ini sangat tersusun.

“Kami merancang untuk sediakan kapasiti yang lebih. Kita akan tengok dulu perjalanan semasa di hari pertama ini,” katanya kepada media selepas meninjau Program PICKids di WTC di Kuala Lumpur petang tadi.  

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya akan membuat pemantauan pada minggu pertama PICKids dan pertambahan kapasiti itu akan dilaksanakan sekiranya segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dipatuhi.

“Sekiranya tidak ada kesesakan dan proses semakin lancar, kita boleh tambahkan lagi kapasiti di sini.

“Terima kasih kepada pengurusan WTC kerana memudahkan perjalanan pada hari pertama ini. Situasi di sini lebih menarik dengan adanya tarikan untuk kanak-kanak,” katanya.

Khairy juga menasihatkan ibu bapa supaya memainkan peranan dengan memaklumkan kepada anak masing-masing tentang perjalanan program PICKids tersebut.

“Ibu bapa perlu memaklumkan kepada anak mereka apakah proses PICKids ini, sebab KKM sudah memaklumkan di media sosial apa yang berlaku.

“Penjaga juga perlu kuatkan semangat kanak-kanak mereka semasa mengambil suntikan. Biasalah kanak-kanak ini akan berasa gelisah sebelum dan selepas disuntik.

“Ibu bapa juga perlu menasihatkan anak mereka supaya tidak melakukan aktiviti yang lasak selepas suntikan dalam tempoh seminggu,” katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengurus PPV WTCKL, Dr Sharanjit Kaur berkata, ramai ibu bapa mengambil kesempatan waktu cuti untuk membawa anak-anak mereka menerima vaksin.

Pengurus PPV WTCKL, Dr Sharanjit Kaur
Pengurus PPV WTCKL, Dr Sharanjit Kaur

Katanya, PICKids di PPV WTC itu dibuka sejak 12 tengah hari tadi dan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 6 petang mulai esok.

Selain PPV WTCKL, tiga lagi PPV Integrasi yang beroperasi untuk PICKids ialah PPV Axiata Arena, Bukit Jalil, PPV Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam dan Hospital Tunku Azizah (HTA).  - Getaran, 3 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Bakal Tingkat Bantuan Kewangan Untuk UNRWA - PM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: 234 PPV Tersedia Di Klinik Kesihatan Seluruh Negara

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Tidak Puas Hati Tiket Sold Out Kerana Individu Tak Bertanggung Jawab – Peminat Coldplay Rayu Penganjur Lanjutkan Hari Kedua Konsert 

4

Jelajah 3 tahun yang lalu

KTMB Sedia Tren ETS Tambahan Sempena Cuti Sekolah, Cuti Umum

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 7 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad